Esei 27
Ambil mana-mana syarikat yang
besar,….semuanya telah dimulakan oleh seseorang yang mempunyai idea yang bagus
dan tahu bagaimana untuk memanfaatkannya. Banyak manfaat yang ada pada impian,
antaranya:
a) Impian adalah titik permulaan
untuk kejayaan bahkan sesuatu yang hebat.
b) Impian melebarkan jaluran ufuk
kita untuk membuka sempadan baru dan peluang
c) Impian mencetuskan matlamat
kita, pelan, tindakan dan kejayaan
d) Impian membawa kebahagiaan
dalam semanga, harapan dan keseronokan menanti
e) Impian dapat mencipta produk
yang cantik, penciptaan dan keadaan
f) Impian membunuh kebosanan,
meningkatkan perasaan dan nilai diri dan keupayaan.
Tanpa impian anda mungkin :
1) Mempunyai satu tabiat menerima
kesederhanaan, tidak pernah terfikir untuk mencapai apa-apa yang menarik atau
luar biasa.
2) Memiliki harga diri yang
rendah, meletakkan had dalam apa jua yang anda mahu
3) Terlalu lama bergantung kepada
keadaan lapuk dan merimaskan, melumpuhkan ketenangan dan kesuburan minda.

a) Semua pencapaian, semua kemewahan yang diusahakan berasal daripada
sesuatu idea. ( Napoleon Hill )
b) Impian, risiko dan gelak ketawa – tiga perkataan yang sentiasa saya
gunakan untuk menuju kehidupan saya. ( Bernard Tapie )
Wallahu a’lam.
100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009
No comments:
Post a Comment