Kepada puteranya,
Sultan Mahmud Syah
Hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala
yang akan memeliharamu, iaitu bertawakkallah kepada Allah. Dan segala anak
Melayu walau bagaimana besar dosanya jangan oleh mu di’aifi dia, dan sampai kepada hukum syarak dosanya derhaka bunuhlah,
kerana segala Melayu itu ketahananmu seperti kata Arab al-abdi tin’ul maulahu, yang hamba itu tanah tuannya.Jikalau engkau
bunuh ia dengan tiada dosanya, bahawa kerajaanmu binasa.
Hai anakku hendaklah engkau turut dan engkau ingatkan wasiatku ini dan
engkau kerjakan supaya berkat diberi Allah swt.
Wallahu ’alam
Tn. Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad
dan Tun Suzana Tun Hj Othman
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor
No comments:
Post a Comment