Dakwah Islam berjalan lancar dengan sendirinya apabila sifat tamak dan
hanya mementingkan diri sendiri berubah menjadi murah hati, suka tolong
menolong satu kepada yang lain, bantu membantu meringankan beban hidup yang
diderita oleh manusia.Pendek kata dengan singkat justeru kerana semangat beramal ini telah
tertanam dalam sanubari tiap-tiap muslim pada zaman nabi saw demi keluhuruan
agama. Maka akhirnya terjelmalah suatu masyarakat yang sejahtera rukun bersatu padu dilimpahi
rahmat Allah swt.
Oleh kerana itu menurut syaikhul Islam Ibnu Taimiah bahawa segala amal
mahupun perkataan yang dicitakan agar mendapat keredhaan Allah serta dikasihi
Allah. Semuanya itu termasuk cabang-cabang dari ibadah yang bererti kita berhak
mendapatkan pahala dari Allah swt sebab menurut belau kata-kata ibadah ini
mengandungi pengertian makna yang sangat luas. Oleh kerana itu disebutkan dalam
kitab Madaridyus Salikin antaranya:
Kalau kita menghormati tamu,
menetapi kewajipan terhadap isteri dan keluarga, begitu juga isteri yang taat
dan setia bakti kepada suaminya, amal-amal ini semuanya termasuk juga dalam
cabang-cabang ibadah yang utama
Kalau kita mengajarkan ilmu kepada masyarakat, memberi petunjuk kepada
orang yang berhajat, meringankan beban orang yang sedang menderita, menjenguk
orang sakit dan sebagainya semuanya itu termasuk cabang-cabang ibadat yang
sangat utama bila diniatkan beramal untuk mencari kerehaan Allah. Memang
semangat beramal ini harus kita tanamkan dalam dada tiap-tiap muslim, baik
lelaki mahupun wanita, tua mahupun muda, dalam segala lapisan masyarakat.
Adalah laksana lampu yang
menyala yang dapat menerangi orang-orang lain, namun sendiri terbakar hangus.
Demikanlah gambaran orang yang suka
cakap tetapi tidak suka beramal.
Kesimpulannya amal adalah yang penting dalam hidup kita di dunia ini untuk
mencapai kebahagiaan di akhirat kelak.
Wallahu ’alam
Sentuhan rohani
Yusof Haji WanJor
Thinker’s libarary Sdn.Bhd.
2001
No comments:
Post a Comment