Saturday, February 4, 2017

Kata Ibu

Kata ibu
anak yang baik
lahir dari didikan sempurna
dengan mencorakkan akal fikiran
dengan ilmu yang bermanfaat
agar kelak mampu
melaksanakan kewajipan
sebagai insan yang terbaik.

Kata ibu
sebagai seorang anak
dengarlah nasihat ibu bapa
kerna setiap nasihat mereka
mampu membawa kita
ke jalan bahagia.

Kata ibu
peliharalah agama
kerna agama itu
memelihara diri
dari sebarang anasir
yang boleh merosakkan
akidah dan pegangan kita.

Kata ibu
dengarlah nasihat
orang yang lebih tua dari kita
agar mampu mendidik diri
untuk menjadi insan
yang berilmu dan beriman

Kata ibu
anak yang baik
mampu menyinarkan keluarga
agar legasi kesejahteraan
berupaya memberi sinar
untuk menerangi kegelapan
dan melahirkan seorang anak
yang baik budi pekerjaannya.

Kata ibu
jangan jadi seperti tanggang
yang lupa akan dataran
kelak hidup tidak kesampaian

Kata ibu lagi
hiasilah diri
dengan bunga kesyukuran
disirami kuntuman mewangi
agar kehidupan yang dilalui
beroleh kebahagiaan yang
berpanjangan.

Wadiassofi Jaafar
Mingguan Malaysia
11 Disember 2016

No comments:

Post a Comment