Asma ul-Husna ke-77
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat
penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas
dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.
(Ar-Ra’du: 11)
Mahu Menguasai
Urusan
Saling mengikuti di hadapan dan di belakangnya yang menjaganya kerana
perintah Allah. Bila Allah berkehendak memberi hukuman pada suatu kaum, maka tak
ada yang mampu menolaknya dari mereka. Tak ada seorang pun selainNya yang dapat
melindungi mereka.
Al-Wali adalah Pemilik Segala Sesuatu. Dia
mengurus segala sesuatu sebagaimana Dia kehendaki. Mawla juga bererti pendukung atau penolong.
Al-Wali mengatur urusan-urusan semua makhluk. Dia
memerintahkan apa sahaja yang menumbuh kembangkan keadaan makhluk-makhlukNya.
Al-Wali ialah satu-satunya Zat yang mengatur
semua urusan, yang melakukan segala sesuatu dan tidaklah ada kesinambungan
ataupun keberadaan tanpa izinNya. Al-Wali
memberi segala sesuatu secara murah hati dengan menghentikan timbulnya
kecelakaan dan musibah.
Menguasai urusan
dunia dan akhirat
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketujuhpuluh tujuh
dengan bercerminkan pada Asma ul-Husna ialah menguasai urusan dunia dan
akhirat, mempunyai kemahiran dalam
mentadbir kehidupan, pekerjaan dan kekhusyukan dalam menjalankan ibadat.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment