Friday, February 3, 2017

Kau yang seperti ayam


Kau menyangka hebat dirimu
sehingga hebuh kau memberitahu
sedang telurmu hanya satu.

Akhirnya kerana riuh mulutmu
sang biawak dapat menghidu
yang kau bertelur di situ
sehingga telur yang kau hebohkan itu
hilang satu persatu
dan kau tak dapat mengeramkan anakmu.

Maka yang bersalah adalah dirimu
kerana menghebohkan telurmu itu
jika tidak
telurmu tidak akan dicuri sang biawak.

Dan pengajaran yang wajar
kaupelajari
bermegah menunjuk diri
memakan diri sendiri.

Ehsan Jamily
Taman Desa Baru, Melaka
Mingguan Malaysia
1 Jan 2017

No comments:

Post a Comment