Friday, February 24, 2017

Dasar wajib lulus Bahasa Inggeris SPM 2016 : Isu dan cadangan pelaksanaan (2)

Isu dan cabaran

Berikut ialah isu utama dalam tinjauan DasarWajib Lulus Bahasa Inggeris 2016 di 38 buah sekolah menengah bandar dan luar bandar yang berada di dalam 5 dan Band 6 bagi mata pelajaran BI:

* Guru
Tinjauan menunjukkan bahawa:
i) guru bukan opsyen mengajarkan mata pelajaran BI
ii) segelintir guru opsyen BI tidak cekap berbahasa Inggeris; dan
iii) masih terdapat guru tidak berpeluang mendapat pendedahan terkini tentang pedagogi  BI

Guru bukan opsyen menghadapi masalah menjalankan PdP dalam BI. Antara masalah yang timbul ialah:
i) guru kurang berkemahiran untuk mengajarkan BI dengan berkesan
ii) guru kurang keyakinan untuk mengajarkan BI kerana tahap kecekapan mereka yang rendah dan
iii) guru kurang kesungguhan melaksanakan aktiviti sokongan BI dan lebih tertumpu kepada mata pelajaran opsyen mereka.

* PdP Bahasa Inggeris

Tinjauan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya murid kurang asas berbahasa (basics), perbendaharaan kata yang amat terhad, kesukaran memahami bahan bacaan dan membuat ayat mudah. Keadaan ini menyebabkan cabaran utama PdP BI adalah yang:

i) berpusatkan guru (teacher centered) dan menggunakan kaedah chalk and talk;
ii) menggunakan dwibahasa dan menyebabkan kurang pendedahan BI kepada murid;
iii) berfokus kepada peperiksaan seperti teknik latih tubi dan hafalan dan;
iv) padagogi BI kurang kreatif

Selain itu, penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) kurang digunakan dalam PdP BI kerana:

i) terdapat sekolah yang tidak mempunyai kemudahan internet;
ii) jadual guru yang padat;
iii) peralatan TMK seperti perisian kursus terhad ( tidak seperti yang diperuntukkan dalam subjek Sains)

# Murid

Masalah disiplin murid terutama dalam kalangan murid lemah di beberapa sekolah seperti ponteng kelas dan ponteng sekolah turut menganggu PdP BI. Walaupun sekolah telah melaksanakan pelbagai  aktiviti bagi meningkatkan penguasaan BI, kebanyakkan murid yang lemah Bi juga dikatakan tidak mempunyai motivasi dan kurang minat mempelajari BI kerana:
i) tidak melihat kepentingan dan keperluan BI dalam kehidupan seharian dan untuk masa hadapan
ii) tidak mempunyai asas BI yang kukuh
iii) kurang penekanan dan penegasan daripada keluarga
iv) malu untuk berbahasa BI kerana faktor persekitaran dan budaya masyarakat setemat tidak mendorong dan dikhuatiri akan dijadikan bahan jenaka
v) murid lebih mementingkan bahasa ibunda atau bahasa daerah
vi) kurang asas perbendaharaan katamenyebabkan kesukaran untuk membuat ayat dan memahami bahan bacaan
vii) lemah dalam aspek perbacaan dan penulisan dan
viii) tidak memberi tumpuan dalam kelas kerana bekerja sambilan

# Pentaksiran

Secara keseluruhannya guru mengambil pelbagai inisiatif untuk melaksanakan PdP yang berkesan. Walau bagaimanapun terdapat kekangan iaitu:
i) pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memerlukan guru menyediakan rekod pentaksiran bagi setiap murid dan guru perlu mengulangi aspek yang dinilai bagi memastikan murid mencapai tahap memuaskan. Perkara ini menambahkan tugas guru serta mengurangkan lagi waktu persediaan ABM dan penyemakan tugasan murid;
ii) pentaksiran lisan BI yang perlu diadakan pada waktu PdP kurang memberi impak berbanding ketika pentakksiran lisan dijalankan secara formal kerana murid tidak memandang serius terhadap pentaksiran lisan yang diadakan.
iii) pentaksiran lisan BI yang dijalankan ketika PdP jugamengurangkan lagi waktu yang diperuntukkan untuk BI kerana terlalu banyak komponen PdP BI seperti literature, writing, reading dan grammar yang perlu dilaksanakan dalam tempoh lima waktu BI;
iv) bahagian free writing dalam kertas 2 SPM BI didapati sukar untuk dijawab oleh murid lemah dalam BI dan wajaran markah yang diperuntukkan adalah tinggi iaitu 50 markah dan
v) guru masih kabur dengan penyelarasan format SPM BI dan pelaksanaan PBS.

# ibu bapa / masyarakat

Selain inisiatif daripada pihak sekolah, pihak luar seperri Universiti Malaysia Terengganu (UMT) juga turut membantu meningkatkan penguasaan BI murid. Namun demikian, tinjauan di enam buah negeri mendapati:

i) terdapat ibu bapa terutama yang berpendapatan rendah kurang menitikberatkan pelajaran dan berada di zon selesa dengan kehidupan sedia ada. Hal ini menyebabkan murid kurang bermotivasi bukan sahaja terhadap BI malah terhadap kebanyakkan mata pelajaran.
ii) BI tidak dianggap penting oleh ibu bapa dan masyarakat memandangkan mereka lebih mementingkan bahasa ibunda atau daerah dan
iii) terdapat ibu bapa yang hanya menggalakkan murid untuk hadir ke sekolah untuk menerima bantuan persekolahan RM100. Hal ini menyebabkan peratusan kehadiran murid selepas bantuan diterima menurun.

# Bahan dan kemudahan PdP

Tinjauan juga mendapati bahawa terdapat juga isu dalam bahan dan kemudahan PdP yang dibekalkan iaitu:
i) buku teks dan bahan ABM yang dibekalkan kurang menepati pelbagai tahap keupayaan murid
ii) terdapat maklumat yang terdapat dalam buku teks yang tidak bersesuaian dengan keadaan masa ini dan beberapa kandungan sastera BI seperti novel The Curse, Step by Wicked Step dan puisi He has such a quiet eyes yang tidak bersesuaian dengan budaya murid.
iii) terdapat maklumat  yang lebih menggambarkan ciri-ciri masyarakat Semenanjung dan kurang peka kepadaaspek jantina
iv) terdapat sekolah yang tidak mempunyai infrastruktur yang mencukupiseperti tidak mempunyai kemudahan internet dan masalah bekalan elektrik.
v) alat bantu mengajar (ABM) BI tidak lagi dibekalkan kepada sekolah setelah pelaksanaan PPSMI dimansuhkan
vi) guru tidak menyedari kewujudan bahan ABM BI yang dibekalkan atau dibeli dan
vii) guru menggunakan peruntukkan BISP untuk membeli ABM termasuk LCD dan salinan lembaran kerja untuk PdP BI.

Cadangan Pelaksana

Secara keseluruhannya, tinjauan menunjukkan bahawa terdapat beberapa isu pelaksanaan Dasar Wajib Lulus Bahasa Inggeris 2016. Sehubungan dengan itu, pihak pelaksana mencadangkan:

# Dasar

i) Dasar wajib lulus hanya diwajibka ke atas murid-murid sekolah cemerlang seperti sekolah berasrama penuh, sekolah kawalan dan MRSM.
ii) Dasar wajib lulus BI dipercepat bagi meningkatkan motivasi dan kesedaran murid terhadap BI dan
iii) Dasar wajib lulus BI dimulakan setelah semua guru selesai kursus upskilling.

# Guru

i) Guru Cemerlang BI dihantar ke sekolah band rand
ii) Pembantu pengurusan murid bagi membantu mengurangkan beban tugas guru
iii) Kursus pemugaran atau pendedahan teknik pengajaran BI terutama bagi kumpulan guru senior dan kursus yang berterusan bagi meningkatkan tahap profesionalisme semua
iv) Fasilitator dari Semenajung dihantar untuk melaksanakan kursus di Sabah dan Sarawak berbanding dengan amalan guru Sabah dan Sarawak di hantar berkursus di Semenanjung dan
v) Memastikan guru yang mengajarkan BI ialah guru opsyen

# PdP dan ABM

i) Menyediakan buku teks dan buku panduan dengan skema jawapan atau panduan mengajar dan menyediakan ABM bagi setiap tajuk.
ii) Mengundang penutur jati bagi memberi peluang dan motivasi kepada murid dan guru untuk menggunakan BI dalam aktiviti harian.
iii) Penekanan kepada grammar bagi meningkatkan penguasaan BI
iv) Laman web khusus bagi memudahkan guru untuk mendapatkan bahan-bahan PdP, berinteraksi dan bertukar-tukar idea di peringkat dalaman dan antarabangsa.
v) Masalah disiplin murid terutama dalam kalangan murid lemah di beberapa buku teks dan bahan ABM disediakan mengikut tahap kemahiran murid seperti yang disediakan di Singapura
vi) Kandungan buku teks BI termasuk komponen sastera BI lebih menjurus kepada isu tempatan agar lebih bersesuaian dengan budaya tempatan dan mudah difahami oleh murid
vii) Waktu PdP BI ditambah menjadi enam atau tujuh waktu dan
viii) Cara merekodkan lesson plan yang lebih mudah

# Pentaksiran

i) Pentaksiran SPM BI merangkumi komponen writting, reading, speaking, listening dan project work. Kerja kursus (Project work) perlu dimasukkan bagi membantu murid lemah untuk lulus BI dan
ii) Perubahan format peperiksaan SPM dengan mengurangkan wajaran peperiksaan bertulis.

# Infrastruktur

i) Menyediakan bilik khas untuk mengajar BI seperti makmal bahasa dan pusat pembelajaran kendiri dan
ii) Perpustakaan sekolah menyediakan bahan ilmiah seperti How to teach big classes?, How to teach unwilling students? dan How to prepare materials for weak students?.

Kesimpulan

Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan Dasar Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2016, BPPDP mencadangkan KPM memberikan perhatian kepada perkara yang berikut terlebih dahulu:

i) memperkukuhkan penguasaan asas BI di peringkat murid sekolah rendah
ii) mengkaji semula struktur dan wajaran kertas peperiksaan SPM bagi memberi peluang murid lemah BI untuk mempunyai potensi yang lebih baik untuk lulus seperti mengambil kira kerja kursus dan meningkatkan wajaran untuk guided writing.
iii) melengkapkan kemudahan peralatan TMK dan capaian internet supaya penggunaan TMK dapat diintegrasikan dalam PdP BI
iv) menambah baik dan menambah bahan bacaan dan bahan sokongan PdP BI termasuk buku teks dan bahan ABM untuk memenuhi keperluan keupayaan dan tahap kemahiran pelbagai murid
v) menjalankan kursus pemugaran pedagogi BI untuk guru yang telah mengajar lebih daripada lima tahun.
vi) mengkaji perbezaan budayapembelajaran (learning culture) antara murid bandar dengan luar bandar dan
vii) memastikan guru bukan opsyen menghadiri kursus pengukuhan PdP BI dan menyemak status program upskilling.

Wallahu ’alam

Koleksi Brif Isu Dasar Pendidikan 2012-2015
Sektor Dasar, BPPDP, KPM

ms 42-45

No comments:

Post a Comment