Masing-masing dari badan jasmani dan badan rohani ini, kedua-duanya
sama-sama memerlukan pendidikan, pemeliharaan, bimbingan yang sebaik-baiknya.
Kalau badan jasmani memerlukan makan minum, memerlukan sandang pangang dan
tempat kediaman, ingin terpenuhinya nafsu hubungan seks dan lain-lainnya, maka
badan rohani memerlukan pula kepada santapan rohani. Memerlukan kepada nasihat
petunjuk tuntunan yang luhur yang dapat menyubur dan menyihatkan rohani yang
amat penting bagi kesempurnaan hidup manusia di dunia ini.
Tersebut dalam sebuah kitab bahawa antara faktor-faktor yang penting untuk
membina rohani yang sihat agar supaya manusia di dalam hidupnya memiliki jiwa
yang sihat, fikiran yang sihat, cita-cita dan niat yang sihat di antaranya
ialah bahawasanya manusia dalam hidup haruslah berusaha untuk membersihkan
hatinya dari hal yang mungkar dan dari sifat-sifat yang tercela.
Itulah sebabnya maka nabi kita Muhammad saw bersabda bahawa tubuh manusia
itu ada segumpal daging. Manakala segumpal daging tadi baik, maka akan menjadi
baik keadaan jasad semuanya dan apabila tidak baik, maka akan menjadi tidak
baik pula keadaan jasad semuanya. Ingatlah, itulah dia hati manusia
(Bukhari-Muslim). Di dalam sebuah kitab diterangkan lebih lanjut bahawa yang
dimaksud oleh kata-kata nabi.....apabila hati itu baik, yang dimaksudkan baik
di sini ialah hati yang bersih dari sifat-sifat yang tercela dan dihiasi dengan
sifat-sifat yang terpuji.
Wallahu ’alam
Sentuhan rohani
Yusof Haji WanJor
Thinker’s libarary Sdn.Bhd.
2001
No comments:
Post a Comment