At-Tawwab ertinya Allah Maha Penerima Taubat sebagaimana firmanNya
bermaksud:
Kecuali orang-orang yang
bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang
mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah
Yang Maha Mengasihani.
(Al-Baqarah:160)
Maha Menerima
Taubat
At-Tawwab adalah katasifat yang akar katanya adalah tawbah, penyesalan,
yakni kembali kepada Allah. Ertinya Dia menerima penyesalan hambaNya, iaitu Dia
melimpahkan kurniaNya kepada mereka, memudahkan mereka untuk bertaubat,
memudahkan bagi mereka untuk melakukannya. Maka at-Tawwab, menerima penyesalan.
Dengan demikian, dimaklumi bahawa sekiranya Allah tidak menerima penyesalan
dari salah seorang hambaNya, yang terakhir ini tidak dipandang orang yang
bertaubat kerana asal usul penyesalan dalam realitinya berasal dari Allah yang
menutupnya dengan penerimaanNya atas taubat itu sendiri.
At-Tawwab memudahkan taubat bagi hamba-hambaNya berkali-kali dengan tanda-tanda
yang Dia jelmakan pada mereka dan
peringatan yang dengan itu Dia mengingatkan mereka sehingga ketika mereka
mengetahui hukuman atas dosa-dosa mereka, mereka menjadi ketakutan dan mereka
kembali bertaubat.
At-Tawwab bermakna Allah menerima taubat dari orang yang menderhakaiNya
kemudian kembali menaatiNy. Dan jika iamelakukan suatu dosa kemudian kembali
kepadaNya, niscaya Dia menyambutNya. Dia memaafkan orang yang menyimpang dari
jalan lurus lalu meminta maaf kepadaNya, sehingga Dia mengampuni dosa-dosanya.
Selama hamba Allah meminta taubat, Tuhan tetaplah Maha Mengampuni.
Bertaubat
Merujuk kepada perkara ini, sifat manusia yang kelapanpuluh dengan
bercermin pada Asma ul-Husna ialah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah
swt.
Rasulullah saw sangat menginginkan orang-orang yang mengimaninya akan
sentiasa meminta ampunanNya. Masyhur dalam sebuah hadis, baginda berkata: Demi Allah, aku memohon ampun (beristighfar)
kepada Allah dan aku bertaubat kepadaNya, setiap hari lebih daripada tujuh
puluh kali.
Allah telah mengampuni semua kesalahan rasulullah saw, namun baginda
menimta ampunanNya dan bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali sehari.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment