Monday, February 6, 2017

Tentang makna

Kita tidak faham kata-kata
yang tidak kita faham makna
dan seringkali kita lupa
tentang pentingnya makna
yang memaknakan kata-kata
seperti kita tidak faham kehidupan
yang kita tidak faham makna
kejadian
dan seringkali kita lupa
tentang makna kejadian kehidupan
yang dimaknakan Tuhan!

Wan Razuhar
Kuala Lumpur
Mingguan Malaysia

11 Disember 2016

No comments:

Post a Comment