Thursday, February 9, 2017

Brif Isu Dasar Pendidikan

Pengenalan

Pada tahun 2012, YBhg Tan Sri KPPM yang ketika itu merupakan TKPPM (DPP) telah menyarankan supaya salah satu fungsi Sektor Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) adalah mengenal pasti isu berkaitan pendidikan daripada pelbagai sumber seperti media cetak, media sosial dan soalan parlimen yang memberi implikasi kepada dasar pendidikan dan dasar awam. Brif Isu Dasar Pendidikan telah dihasilkan melalui tinjauan tindak susul dan kajian dalam talian atau desk review.

Penyediaan Brif Isu Dasar Pendidikan ini dapat digunapakai untuk mengenal pasti implikasi dasar atau perundangan sebagai petanda  awal (early warning signal) untuk membantu menambahbaik sistem pendidikan negara atau untuk membantu menambahbaik sistem pendidikan negara atau untuk membantu menggubal dasar pendidikan secara strategik. Selain itu penyediaan brif isu dasar pendidikan diharap dapat membantu pihak pengurusan KPM memikirkan langkah, strategi dan jalan penyelesaian kepada isu yang timbul di peringkat pelaksanaan.

Koleksi Brif Isu Dasar Pendidikan 2012
1. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
2. Kajian semula sistem pendidikan di Hong Kong
3. Penubuhan sekolah menengah persendirian Cina baharu
4. Basic education and compulsory education:  a comparison
5. Education in Finland some amazing facts!
 
Koleksi Brif Isu Dasar Pendidikan 2013
1. Sekolah selamat
2. Bahasa Melayu di sekolah menengah persendirian Cina
3. Dasar kemasukan murid warganegara Malaysia ke sekolah antarabangsa
4. Dasar wajib lulus Bahasa Inggeris SPM 2016: Isu dan cadangan pelaksanaan
5. Analisis pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) secara berperingkat-peringkat (soft landing).

Koleksi Brif Isu Dasar Pendidikan 2014
1. Kemasukan murid tingkatan 4 aliran Sains mulai tahun 2015 berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah peringkat menengah rendah.
2. Kemasukan kanak-kanak warganegara Malaysia belajar ke Pusat Bimbingan HUMANA.
3. Pelaksanaan Bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan.
4. Cadangan pengajaran Bahasa Iranun dan Murut.
5. Memperkasakan sekolah kebangsaan.
6. Kemahiran Lisan Bahasa Inggeris Menengah Atas: Murid berpotensi mendapat gred A Bahasa Inggeris SPM

Koleksi Brif Isu Dasar Pendidikan 2015
1. Kesediaan pelaksanaan Peperiksaan Pusat Amali Sains mata pelajaran Physics (kod 4531), Chemistry (kod 4541), Biology (kod 4551) dan Additional Science (kod 4561) bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2015.
2. Sekolah satu aliran.
3. Pelaksanaan International General Certificate Secondary Examination (IGCSE) di Maktab Rendah Sains Mara.
4. Penyamarataan penggunaan buku teks dan pentaksiran Bahasa Melayu yang sama di SK dan SJK.
5. Pemantapan pendidikan tingkatan 6.
6. Pelaksanaan Dual Language Programme di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
7. Sekolah dua bahasa pengantar di negeri Sarawak.
8. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris murid di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Koleksi Brif Isu Dasar Pendidikan 2016
1. Status komprehensif inisiatif pemantapan pendidikan Tingkatan Enam di bawah PPPM 2013-2025.
2. Pemantapan pendidikan Tingkatan Enam – keperluan kadar baharu bantuan geran per kapita (PCG) di Kolej Tingkatan Enam.
3. KPI peratus enrolmen murid yang kekal di Tingkatan Enam.
4. Pemantapan pendidikan Tingkatan Enam – kemasukan murid Tingkatan Enam ke universiti awam.
5. Pelaksanaan Kelas Pupil’s Own Language (POL) & bahasa tambahan di sekolah kebangsaan.
6. Unified Examination Certificate (UEC).
7. Homeschooling di Malaysia.
8. Cadangan tindakan gantung sekolah setahun kepada pembuli secara alternatif hukuman disiplin di sekolah.
9. Pendidikan untuk kanak-kanak warganegara asing di pusat pembelajaran komuniti atau community leraning centre (CLC).
10. Penyetaraan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan 3 kepujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
11. Penangguhan Dasar Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM 2016.
12. Kemasukan murid ke aliran STEM.

Wallahu a’lam.

Koleksi Brif Isu Dasar Pendidikan 2012-2015 dan
Koleksi Brif Isu Dasar Pendidikan 2016
Sektor Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
KPM.

No comments:

Post a Comment