Friday, February 24, 2017

Dasar wajib lulus Bahasa Inggeris SPM 2016 : Isu dan cadangan pelaksanaan (1)

Latar belakang

Dasar mewajibkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus subjek Bahasa Inggeris (BI) sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan sijil telah dibincangkan sejak tahun 2009. Pertimbangan ketika itu berdasarkan 95 peratus cadangan daripada pelbagai pihak bersetuju untuk melaksanakannya. Walau bagaimanapun, beberapa perkara penting perlu diperhalusi bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran subjek BI sebelum dasar ini boleh dilaksanakan kerana:

Kita tidak mahu terburu-buru dan kita kena pasti tenaga pengajar mencukupi serta kualiti guru terlibat meningkat.
(YB Dr Mohd Fuad Zakarshi,2012)

Pada 23 Februari 2013 semasa berucap dalam Najlis Himpunan Guru Muda di Sabah, YAB Timbalan PerdanaMenteri merangkap Menteri Pelajaran telah menyuarakan:

Mungkin dalam tempoh yang tidak berapa lama lagi, kita akan menetapkan supaya lulus BI di peringkat SPM menjadi satu yang wajib lulus. Bagaimanapun saranan ini hanya akan dilaksanakan apabila pelajar dan sistem pembelajaran telah bersedia.

YAB Timbalan PerdanaMenteri merangkap Menteri Pelajaran pada 8 Mac 2013 selepas melancarkan Program Memperkukuh Literasi dan Penguasaan BI di SK Kampung Baru Si Rusa telah mengumumkan:

Syarat wajib lulus Bahasa Inggeris dalam SPM kemungkinan besar akan mula berkuakuasa pada2016 jika semuapihak bersetuju dan persiapan lengkap.

Susulan daripada pengumuman YAB TPM, tajuk utama di media sepanjang bulan Mac adalah  berkaitan Dasar Wajib Lulus BI SPM 2016. Berikut adalah beberapa penyataan yang telah diutarakan:

# There should be a soft landing approach where students are given reasonable grace period to prepare themselves. We should start preparing student of Form One from next year andthey should be ready for the SPM in 2018. By giving ample time ministry could also look into possible ways to implement this new policy.
(The Malay Mail,1/3/2013)

# To be fair the ruling cannot be implemented on ad hoc basic. Education Ministry meanwhile could look into possible ways to implement the policy.
(News  Straits Times, 1/3/2013)

# Kementerian sedar ketika ini kira-kira 20% pelajar gagal Bahasa Inggeris.
(Berita Harian, 9/3/2013)

# There was no  specific plan mentioned to explain when the teachers and students would be ready. Deputy education Minister said it would take at least 5 years to train 60,000 teachers to implement this policy. Therefore forward planing on this implementation of the English must pass subject in SPM is critical.Ministry should come out with a roadmap or pathway or timeline to help Deputy Prime Minister of its target date of its implementation.
(The Malay Mail, 8/3/2013)

# This would be implemented when the infrastructure is ready. The main infrastructure which is basically an adequate number of tained teachers is not ready. While 2018 is a good target year to start, the move should not be implemented if the infrastructure is not ready. The Education Ministry must prepare the teachers well even if they take longer to train. The government must ensure the infrastructure is in place and not execute the plan if is not ready.
(The Edge Malaysia,4/3/2013)

Tahun
Peratusan gagal PMR
Peratusan gagal SPM
2012
24.1%
22.9%
2011
24.1%
23.2%
2010
21.3%
22.3%
2009
27.2%
24.4%

Sumber: Lembaga Peroeiksaan,KPM

Analisis peperiksaan awam kertas BI sejak  kebelakangan ini, menunjukkan bahawa pencapaian BI dalam peperiksaan awam semakin menurun. Peratus murid yang gagal kertas BI PMR pada tahun 2012 meningkat kepada 24,1 peratus berbanding 21.2 peratus pada tahun 2011. Peratus murid yang mendapat A jugatelah menurun daripada 18.4 peratus pada tahun 2012 kepada 16.8 peratus pada tahun 2011. Data juga menunjukkan bahawa pada tahun 2011 sebanyak 29.3 peratus murid SMK di luar bandar dan 19 peratus murid SMK bandar telah mendapat E dalam kertas BI PMR.

Analisis peratus kelulusan BI di peringkat SPM 2012 juga menunjukkan peratus murid yang gagal mata pelajaran tersebut telah meningkat berbanding tahun 2011. Analisis peperiksaan BI SPM 2011 juga menunjukkan bahawa sebanyak 15.3 peratus murid luar bandar dan sebanyak 7.8 peratus murid bandar telah gagal dalam mata pelajaran tersebut.

Hasil Kajian Kebolehlaksanaan Wajib Lulus Bahasa Inggeris Peringkat SPM (BPPDP 2012) menunjukkan bahawa:

i) setiap tahun lebih kurang  90,000 orang murid gagal dalam mata pelajaran BI SPM, dan terdapat jurang yang sangat ketara antara pencapaian murid di bandar dengan luar bandar.

ii) seramai 2519 orang guru opsyen BI dan 397 guru bukan opsyen yang telah menjalani CPT berada dalam tahap B2, manakala seramai 1617 guru opsyen dan 430 bukan opsyen berada pada tahap B1, Keputusan CPT juga menunjukkan bahawa seramai 266 guru opsyen dan 143 guru bukan opsyen berada di tahap A2, manakala selebihnya 15 orang berada pada tahap A1.Guru BI  yang berada pada tahap B1 dan B2 akan diberikan latihan kemahiran di bawah Program Teacher Proficiency Up-skilling untuk membolehkan mereka berada pada tahap minimum C2. Analisis ini menunjukkan bahawa terdapat guru berada dalam tahap kemahiran yang kurang memuaskan dan memerlukan latihan bagi meningkatkan kecekapan mereka agar dapat mengajarkan Bi dengan lebih berkesan dan

iii) walaupun ibu bapa dari sekolah bandar cenderung dan bersedia ke arah pelaksanaan dasar tersebut, namun yang tidak bersedia jugaagak ramai. Bagi sekolah luar bandar, hanya sebahagian kecil ibu bapa telah bersedia dengan pelaksanaan dasar ini.

Tindak Susul Dasar Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM 2016

Kajian BPPDP (2012) ini telah mencadangkan mata pelajaran BI dijadikan mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM. Walau bagaimanapun kajian ini juga menekankan bahawa pelaksanaan dasar ini perlu mengambil kira faktor kejayaan dan kesediaan seperti guru, pentadbir dan kemudahan sekolah yang memberi kesan secaralangsung ke atas pencapaian murid. Selain itu, kajian ini juga mencadangkan keperluan penilaian secara terperinci dan menyeluruh terhadap program penambahbaikan BI yang sedang dan akan dilaksanakan.

Berikutan daripada trend pencapaian BI PMR dan SPM yang semakin menurun dan merujuk hasil dapatan dan cadangan kajian BPPPDP (2012), tinjauan terhadap kesediaan pihak pelaksana dasar yang terdiri daripada pengetua, guru dan murid dalam menjayakan Dasar Wajib Lulus Bahasa Inggeris 2016 telah dijalankan. Hasil daripada tinjauan ini bukan sahaja dapat membantu mengenal pasti isu yang timbul terutamanya di peringkat sekolah yang dapat menghalang kejayaan dasar tersebut, malah secara tidak langsung dapat membantu pihak pelaksana dasar meningkatkan peratus kelulusan Bi sejajar dengan hasrat Dasar Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM 2016. Tindak susul ini bertujuan untuk meninjau peranan pihak penggubal dasar dalam membantu pihak sekolah dalam melaksanakan dan seterusnya menjayakan Dasar Wajib Lulus peringkat SPM mulai 2016. Secara khusus tujuan tindak susul adalah untuk:

i) mendapatkan pandangan dan senario sebenar tentang kesediaan pihak pelaksana (pihak pentadbir, guru dan murid) melaksanakan Dasar Wajib Lulus BI mulai tahun 2016.
ii) mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam melaksanakan dan menjayakan dasar Wajib Lulus BI.
iii) memberi input kepada perancang dan pemutus dasar bagi membantu pihak sekolah menjayakan dasar wajib lulus BI dan seterusnya meningkatkan peratusan lulus BI.
iv) memberi input kepadaperancang dan pemutus dasar bagi membantu meningkatkan potensi pelajar untuk lulus BI dan
v) memberi input kepada panel pakar Majlis Penarafan Standard dan Kualiti BI berkaiitan isu, cabaran dan cadangan bagi membantu meningkatkan potensi murid lulus BI.

Selain sekolah menengah di Sarawak, temu bual dengan pelaksana, iaitu pihak pengurusan sekolah, guru BI dan murid jugadilaksanakan di negeri yang dikenalpasti sebagai negeri yang mempunyai peratusan tinggi dalam pencapaian BI Band 6, iaitu Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Secara keseluruhan, pelaksana dasar melaksanakan pelbagai inisiatif di dalam dan di luar bilik darjah untuk meningkatkan tahap pencapaian BI seperti English Clinic, Spelling Bee, English Month, English Week dan English Camp. Walaupun  Bi berada di Band 5 dan Band 6, terdapat sekolah yang terpilih untuk menyertai  dan memenangi pertandingan yang dianjurkan di pelbagai peringkat seperti  Johan Choral Speaking peringkat Daerah. Malah sebuah sekolah telah berjaya meningkatkan tahap pencapaian Bi daripada Band 7 ke Band 6.5. Selain itu terdapat juga pihak pentadbiran  yang memberi sokongan positif seperti menggalakkan pembudayaan pertuturan dalam BI di sekolah, mewajibkan semua murid dan guru bertutur bahasa inggeris di sekolah setiap hari dengan slogan No English, No Service dan menambah waktu  pengajaran BI kepadaenam waktu.

Wallahu ’alam

Koleksi Brif Isu Dasar Pendidikan 2012-2015
Sektor Dasar, BPPDP, KPM
ms 39-42

No comments:

Post a Comment