Wednesday, February 15, 2017

Kajian semula sistem pendidikan di Hong Kong (2)


Cadangan  transformasi

Kerajaan Hong Kong dalam melaksanakan cadangan transformasi ini mempunyai tiga hala tuju utama, iaitu:

i. mengurangkan fokus dan beban peperiksaan
ii. menyediakan ruang dan peluang bagi murid membina potensi dan terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang bermakna dan
iii. menyediakan ekuiti dalam pendidikan

Konsep dan cadangan pelaksanaan transformasi di Hong Kong dilaksanakan oleh Education Commission yang terdiri daripada pakar pendidik dari sekolah dan institusi pendidikan.

Kajian semula sistem pendidikan Hong Kong dilaksanakan pada 1998 dan pelaksanaan transformasi struktur 6-3-3 bermula pada 2000 secara berperingkat-peringkat. Antara perkara yang dicadangkan:

i. mempertingkatkan kualiti prasekolah (2001)
ii. perubahan dalam kurikulum yang berpaksikan kepada pembentukan murid yang holistik (2000)
iii. mengurangkan subjek peperiksaan tanpa mempertaruhkan standard (2000)
iv. pengukuhan pentaksiran berasaskan sekolah (2000)
v. ATT dimansuhkan (bermula dengan kohort 2000)
vi. pengenalan struktur 3 tahun peringkat menengah atas (2002)
vii. HKCEE dan HKALE digantikan dengan satu peperiksaan umum iaitu Hong Kong Diploma of Senior Education (2012) dan
viii. perubahan struktur akademik bagi program ijazah sarjana muda dari 3 tahun ke 4 tahun, mana-mana bersesuaian (2012)

Anggaran awal kos penstrukturan sistem pendidikan di Hong Kong

3 tahun Senior Academic Structure:
- (non-recurrent) $3,848 bil
- (recurrent) $1,539 bil

Penambahan 1 tahun bagi program di peringkat ijazah menjadi empat tahun
- (non-recurrent) $7.2 bil
- (recurrent) $2.3 bil

 Transformasi yang dijalankan olehn negara Hong Kong mengambil kira pengalaman dari luar negara dan pendapat umum melalui beberapa siri libat urus: Extensive  Consultation and Pooling of Wisdom bermula pada tahun 1998 hingga Julai 2000.

Perancangan bagi transformasi pendidikan di Hong Kong mengambil kira beberapa keutamaan bagi menentukan masa yang diperlukan untuk tujuan pelaksanaan. Setiap fokus transformasi mengambil masa tiga hingga empat tahun perancangan sebelum pelaksanaannya.

Impak kepada perubahan sistem

* Perubahan daripada aspek pembelajaran
* Guru yang lebih inovasi
* Active learners
* PIRLS 14th 2001 to 2nd 2006
* Pencapaian yang konsisten dalam PISA dan TIMSS

Kesimpulan

* Inisiatif 48 PPPM (2013-2025) tidak boleh dilaksanakan secara berdikit-dikit kerana perubahan kepada struktur akademik memerlukan perubahan kurikulum, pentaksiran dan latihan keguruan serta penambahan kepada infrastruktur.
* Setiap cadangan perubahan yang dilaksanakan di negara Hong Kong diberi masa selama tiga hingga lima tahun bagi memantapkan perancangan terutama daripada aspek fizikal, kewangan dan sumber manusia.
* Perubahan sistem persekolahan di Hong Kong dijadikan asas kepada pelan pendidikan negara Hong Kong dan perubahan dari aspek kurikulum, pentaksiran, infrastruktur, kapasiti guru dan tempoh pengajian di universiti dibentuk dengan mengambil kira struktur baharu yang diperkenalkan.
* Setiap inisiatif diberi masa interim tiga hingga lima tahun dan konsultasi awam dilaksanakan melalui green paper dan satu laporan yang terperinci dikeluarkan bersama-sama whire paper sebelum satu dasar baharu digubal.

Wallahu ’alam

Koleksi Brif Isu Dasar Pendidikan 2012-2015
Sektor Dasar, BPPDP, KPM
ms 12-13

No comments:

Post a Comment