Asma ul-Husna ke-65
Ia akan menjumpai Allah Yang
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,
(An-Nisaa:110)
Maha Kaya dan Maha
Menemukan
Akar kata al-Majid adalah jidda,
kelimpahan dan kemandirian.Al-Wajid adalah yang MahaMengetahui. Al-Wajid
memiliki segala sesuatu. Dia tidak kekurangan sesuatu pun. Dia tak pernah tidak
mampu melakukan apapun yang dikehendakiNya.
Al-Wajid adalah Zat yang tak sesuatu pun yang luput dari pengetahuanNya. Dia sama sekali tidak
mengabaikan sesuatupun. Dia lawan dari pihak yang telah kehilangan segala
sesuatu.
Al-Wajid tidak memerlukan hal-hal ataupun keperluan apapun yang berkait dengan ketuhanan dan kesempurnaannya. Dia
tidak lain adalah Allah, Zat yang MahaMulia. Dalam pengertian ini, Dia adalah
al-Wajid Mutlak. Siapapun selain Dia yang mungkin memiliki sebahagian sifat
kesempurnaan ketika masih kekurangan beberapa hal sama sekali tidak dapat
disebut wajid.
Memiliki Kekayaan
Hati
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keenampuluh lima dengan
bercermin padaAsma ul-Husna ialah memiliki dan meraih kekayaan hati dengan
melakukan pelbagai ketaatan dan amal soleh.
Dengan merujuk dan bercermin kepada sifat al-Wajid, di mana Allah Maha Kaya
dan tiada sebarang kekurangan, maka hamba Mukmin yang istiqamah akan merasakan
dirinya kaya dengan keimanan dan amalan.
Sikap demikianlah yang harusnya ditanam di dalam diri kita selaku hamba,
iaitu sifat-sifat kehambaan yang daif dan bergantnng sepenuhnya kepada
kehebatan dan kebesaran Allah yang Maha Kaya.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment