Asma ul-Husna ke-75
Az-Zahir ertinya Allah Maha Nysta, Maha Menyatakan sebagaimana firmanNya
bermaksud:
(Dia adalah Tuhan) Yang
mengetahui yang gaib, maka Dia tidak memperlihatkannya kepada seorang pun
tentang yang ghaib itu.
(Al-Jinn:26)
Maha Nyata
Az-Zahir juga bererti punggung, lawan dari bathn, perut. Dengan demikian,
sesuatu yang zahir adalah lawan dari sesuatu yang batin. Ia juga bermakna
binatang-binatang yang biasa digunakan untuk mengangkut manusia dan
barang-barang di atas punggung
Sesuatu zahir sangatlah kuat. Menurut hadis : Tiada satu ayat pun dalam
al-Quran suci melainkan ia memiliki pengertian lahirnya dan pengertian
batinnya.
Sesuatu yang nampak adalah perkataan dan sesuatu yang tersembunyi adalah
pengertiannya. Ia juga bererti bacaan atau ungkapan lawan dari pemahaman dan
pengetahuan.
Sifat Allah az-Zahir mempunyai lebih dari satu tafsiran:
1. Dia menundukkan ciptaanNya
2. Dia mengetahui segala sesuatu yang tampak, sebagaimana sifat al-Bathin,
ertinya Dia mengetahui segala sesuatu yang gaib.
3. Dialah az-Zahir kerana banyaknya bukti yang mempersonakan dan
keterangan-keterangan yang mencerahkan yang membenarkan keagunganNya.
Allah adalah al-Bathim (Yang Maha Tersembunyi), jika dicari melalui
indera-indera (lahir) dan imajinasi.Dia az-Zahir, jika dicari melalui khazanah
akal dan pemikiran. WujudNya yang samar bagi akal walau WujudNya sedemikian
Nyata, kerana kekuatan bukti seperti itu. WujudNya yang Nyata adalah alasan
mengapa Dia Tersembunyi, dan CahayaNya pun sama (terangnya) sehingga menghalang
kilauNya: apa sahaja yang melampaui batasnya berubah menjadi lawannya.
Dia tersembunyi , jika orang mencari tahu akan Dia dengan menggunakan
indera-indera fizikalnya. Indera-indera tadi terkait dengan apa yang tampak,
seperti warna kulit, (bentuk) fizikalnya dan lain-lain.
Terbuka terus
terang
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketujuhpuluh lima
dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah bersifat terbuka dan berterus terang,
tidak menyembunyikan sesuatu yang merupakan fakta atau kebenaran.
Oleh itu berterus teranglah dalam segala perkara sebagaimana Allah itu
bersifat az-Zahir, tidak tersembunyi dan mudah diimani dengan keyakinan dan
logik. Sebagaimana organ-organ tubuh kita juga nyata dan berubah apabila kita
tua, maka keimanan kita kepadaNya juga harus semakin meningkat tua (dewasa)
seiring dengan perjalanan usia dan waktu.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment