Wednesday, February 15, 2017

Wasiat Bendahara Raja Tun Perak

Hai segala anak cucuku, jangan kamu tukarkan agamamu dengan dunia yang tiada kekal adanya ini; yang hidup ini sahaja akan mati juga kesudahannya. Hendaklah kamu semua tuliskan kepada hatimu pada membuat kebaktian kepada Allah Taala dan rasulullah saw dan janganlah kamu sekaliannya melupai daripada berbuat kebaktian, kerana pada segala hukum, bahawa raja-raja yang adil itu dengan nabi saw umpama dua buah permata pada sebentuk cincin, lagi pula raja itu umpama ganti Allah dalam dunia, kerana ia Zillu’Lla fil’alam.

Apabila berbuat kebaktian kepada raja serasa berbuat kebaktian kepada Allah Taala. Firman Allah Taala yang bermaksud: Berbuat kebaktianlah kamu akan Allah dan akan rasulNya dan akan raja.

Inilah wasiatku kepada kamu semua. Hendaklah jangan kamu sekalian lupai supaya kebesaran akhirat kan peroleh.

Wallahu ’alam

Tn. Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad
dan Tun Suzana Tun Hj Othman

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor

No comments:

Post a Comment