Zaini's
A B C D E F G
Area of concerns
Benefits
Champions
Do it! Do it!
Empowerment
Feedback
Green
Zaini Ujang
Seri Kembangan.
25 Nov 2013
Zaman dulu, orang berkata; masa itu emas. Kini sudah tidak sesuai lagi.
Masa adalah nyawa dan kehidupan. Maknanya, kehidupan ini ada tempohnya – sampai
masa tamatlah nyawa, bersama dengan tamatlah harapan, impian, cita-cita. Hidup
dan kehidupan kita hanyalah pada masa yang ditetapkan. Kerana itu, selagi masih
bernyawa, selagi itulah ada harapan.
Tahukah apa yang akan terjadi
pada hari esok? Tahukah nyawa kita ini masih ada lagi pada hari esok? Jadi,
mengapa tidak memanfaatkan masa yang masih ada pada hari ini untuk melakukan apa
yang semestinya dilakukan hari ini. Jika ditangguhkan menjadi esok, bagaimana
dengan tugas esok pula? Ditangguhkan juga kepada lusa? Kerja lusa? Kerja minggu
depan, bulan depan, tahun depan? Akhirnya sepanjang hayat bertangguh.
Fokus juga memainkan peranan
sangat penting. Apa yang difokus, itulah yang diperolehi. Jika memfokus pada
pintu yang tertutup, memang sepanjang masa hanya tertumpu dan memperoleh pintu
yang tertutup itu. Memang agak pelik, jika ada banyak pintu lain, menumpukan
kepada pintu yang terttutup dengan harapan ia akan terbuka. Mengapa tak masuk
melalui pintu yang terbuka? Kerana tak Nampak? Mengapa tak Nampak? Kerana
focus, tumpuan hanya tertumpu pada pintu yang tertutup. Ini ditambah lagi
dengan sikap bodoh sombong enggan percaya ada berpuluh-puluh pintu lain yang terbuka
luas. Seolah-olah hanya ada satu jalan khusus sahaja di dunia ini. Inilah
akibatnya bodoh sombong – sudahlah bodoh, sombong tak nak belajar, tak nak
diajar oleh orang yang jujur dan lebih tahu.
Begitulah memang hanya sisa dan
saki baki untuk mereka yang suka dating lambat. Mengapa tidak mahu datang cepat.
Datang cepat bukan bermakna terkejar-kejar tetapi adalah menghargai masa.
Bandingkan restoran yang buka lebih awal berbanding dengan restoran yang dibuka
lebih lewat. Memang aka nada pelanggan yang dating ke restoran yang buka lambat
tetapi adalah saki baki pelangan sesudah makanan di restoran yang buka awal
habis.
Kesannya bukan saja dirasai di muka bumi ini semasa masih hidup. Bahkan
sesudah mayat diusung ke kubur, fitnah akan terus subur berjalan dari mulut ke
mulut. Ia tak ubah seperti benih kecil yang dicampak secara tak sengaja
bertahun-tahun dulu, akhirnya tanpa disedari akhirnya ia menjadi pokok besar
yang berbuah keji. Alangkah beruntungnya jika buah itu adalah buah kebaikan,
masih kekal dinikmati walau telah berada di dalam kubur.
Bolehkah anda menerapkan konsep keikhlasan begitu ke dalam diri? Memang
boleh kerana jutaan manusia sebelum ini yang telah menerapkan konsep keikhlasan
seumpamanya. Jika boleh maka bersedialah untuk menerima huluran beribu-ribu
tangan yang membantu anda kembali. Walau hanya sekali sahaja beebuat kebaikan, akan menerima beribu-ribu
balasan. Bagaimana jika
menghulurkan 1000 tangan yang ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan?
Makna lain pula – jika usaha anda tidak tepat, bolehkah mendapat hasil yang
tepat sebagaimana yang dikehendaki? Kita hendakkan 100 tetapi usaha kita
bengkang-bengkok tidak tetap ke arah 100 itu, bolehkah kita mendapat 100 itu.
Perolehan adalah berdasarkan usaha. Usahanya bengkang bengkok bolehkah
menghasilkan perolehan yang lurus?
Memang tidak ramai yang kekal jatuh tanpa bangun semula. Kerana itu
dikatakan sebagai luar biasa. Ada banyak sebab mengapa tidak bangun semula.
Antaranya yang paling penting ialah dikuasai oleh takut, hilang kepercayaan
kepada diri sendiri. Percaya akan mengalami kegagalan yang sama jika bangun
memulakan semula. Itulah punca utama. Jika seandainya faham bahawa jatuh bangun
adalah proses yang sangat penting dalam pendidikan dan keperluan dalam mencapai
kejayaan pasti tidak memperdulikan takut, tiada keyakinan dan sebagainya. Pasti
akan terus bangun semula dan memulakan semula.
Jangan pula memandang rendah pada musuh anda. Memang bukan prinsip anda
memusuhi orang lain tetapi bagaimana jika ada yang memusuhi anda sama ada dari
dalam atau dari luar? Ikutilah nasihat Sun-Tzu – perhatikan sahabat dengan
dekat dalam masa yang sama diperhatikan musuh lebih dekat lagi. Jika tidak
diperhatikan degan lebih dekat lagi, tentu sukar untuk mengenal musuh yang
berselindung di sebalik nama kawan. Orang yang memusuhi memang ada di mana-mana
– di dalam dan di luar. Bukan maknanya anda tidak mempercayai sahabat-sahabat
anda, memerhati mereka, kalau-kalau mereka adalah musuh dalam selimut. Anda
kekal mempercayai mereka tetapi dalammasa yang sama anda memperhatikan mereka.
Jangan pula nanti, bila sudah terjadi baru menyesal.
Jadi, tidak ada pilihan lain selain memilih untuk ke depan atau berundur ke
belakang. Tidak ada tegak di tengah kerana dengan berdiri tegak di tengah
akhirya membawa juga ke belakang. Tidak ke depan, pasti akan ke belakang – itu
saja opsyen yang ada.
Jangan sampai terpedaya. Memang selalu terdengar sesuatu yang menghairankan
di luar sana. Kerana terpedaya mula memandang apa yang di depan mata, yang
telah digenggam, yang diusahakan selama ini sebagai kecil sahaja. Kemahuan
untuk mengusahakan semakin luntur sebab mula membanding-bandingkan apa yang di
tangan dengan fantasi di luar sana.
Biasa melihat suasana seumpamanya? Sangat biasa dan sentiasa terjadi di
depan mata. Apa yang terjadi selepas itu? Selepas itu yang sedang diusahakan
ditinggalkan, mengejar yang banyak di atas langit sana. Dua-duanya melepas.
Kerana itulah selalunya anda melihat bagaimana orang yang telah hampir sangat
berjaya terus menjunam menuju kegagalan. Mengapa? Kerana terpedaya dan menjadi
ghairah. Kerana tidak sentiasa waspada dan berhati-hati bahawa di luar sana
sentiasa ada pengoda.
Warisan hikmat ini untuk menilai prestasi pertubuhan, perniagaan dan individu.
Anda boleh membuktikan sendiri, bagaimana jika mulanya rancak kemudia menjadi
perlahan dan merangkak, akhirnya akan berakhir dengan lesap. Buktikan sendiri.
Sekali lagi, jangan tersalah pilih sahabat sebagaimana kisah remaja yang
mencuri di kedai. Seorang kawan yang seumur hidup tak pernah mencuri telah
mengikut berjalan-jalan di kompleks. Sampai di kompleks, kawan yang kaki
mencuri telah mencuri dan melarikan diri bila perbuatan kejinya disedari oleh
tuan punya kedai. Kawan yang tak pernah mencuri terpinga-pinga dan tergamam
melihat kawannya melarikan diri. Dia tak perlu melarikan diri kerana tak
berbuat salah. Tuan punya kedai menangkap kawan yang tak mencuri kerana dia
dilihat bersama dengan yang mencuri. Yang tak bersalah disyaki bersalah kerana
bersama dengan orang yang bersalah. Sahabat, kawan, kenalan ibarat air yang
mapu mengapungkan atau menenggelamkan kapal.
Jadi, sekali lagi, jangan cari fasal – jangan menyimpan ular di dalam poket
walaupun ular itu jinak. Jangan bergaul dengan keburukan yang merbahaya
walaupun tidak kelihatan bahaya tersebut. Banyak kejadian tragis masa lalu yang
perlu dijadikan iktibar. Misalnya, pemain ular pernah mati dipagut ular. Pemain
buaya pernah putus tangan dibaham buaya. Kesemuanya terjadi semasa dalam
keadaan tidak terduga. Ular yang disahkan jinak, tanpa diduga memagut dan
membunuh tuannya. Lalai, tidak sentiasa waspada akhirnya terkena.
Jangan cari fasal, itulah yang paling tepat. Jangan riyak, sombong, cakap
besar sekalipun mempunyai kelebihan. Walaupun mempunyai kelebihan lebih dari
orang lain, janganlah cari fasal menunjuk-nunjuk, berlagak dan
merendah-rendahkan orang lain, merosakkan hidup orang lain. Apa yang
diperolehi? Kebanggaan? Kepuasan? Ia sementara tetapi nampaknya berpanjangan.
Kemungkinan akan mendapat impak seumur hidup. Dengan menunjuk-nunjuk begitu
akan mencipta musuh. Sudah tentu musuh-musuh ini tidak akan berdiam diri selagi
belum berjaya menjatuhkan orang yang berlagak, perasan, cakap besar.
Kebenarannya, bila anda senyum, anda disukai kerana senyum itu melambangkan
kemesraan, persahabatan. Dengan senyuman itu terbina suasana harmoni. Dari situ
tercipta suasana persahabatan dan silaturahim yang mana anda tahu, semakin
ramai kenalan anda, semakin erat silaturahim, semakin bertambah rezeki kerana sejak
purbakala telah diketahui bahawa rezeki sentiasa berjalan dari tangan ke tangan
– dari kawan kepada kawan.