Tuesday, August 28, 2012

Taklimat

a) Maksud :

i. Keterangan ringkas mengenai sesuatu
ii. Ia boleh dikatakan sebagai sesuatu seni (cara ) untuk menerangkan perkara penting seperti operasi polis, keadaan atau pun situasi dengan ayat tegas dan ringkas. ( Biasanya untuk 15 minit sahaja )

b) Tujuan ;

i. Menyampaikan maklumat
ii. Memberi pengetahuan / pandangan
iii. Merancang / melaksanakannya
iv. Memprojekkan imej
v. Menerangkan sesuatu projek / program
vi. Menyampaikan idea / pandangan baru
vii. Mempengaruhi atau memberikan keyakinan kepada orang lain

c) Penyampaian :

i. Mesti ada kejujuran
ii. Sampaikan dengan watak seperti biasa
iii. Mestilah bersemangat
iv. Jangan membuat sesuatu yang menimbulkan gangguan
v. Pakaian yang sesuai
vi. Pandangan mesti merata
vii. Suara perlu ada nada tinggi, rendah, perlahan dan laju
viii. Bercakap mengarah hanya kepada pendengar sahaja
ix. Elakkan kekaburan, biadap, mengecilkan pendengaran, meleret dan perkara yang tidak berkenaan / berkaitan petunjuk.

No comments:

Post a Comment