Sunday, August 19, 2012

Dengan tangannya


Dia memetik bunga
menepis daun
mematah duri
dengan tangannya dia
menghayun pedang
membunuh percaya
membeli ugutan.

Di tangannya ada pena fitnah
ada coretan umpatan
ada dinding gosip
di tangannya ada kuasa
mengubah mazmumah
kepada mahmudah
ada tongkat kejujuran
ada pedang kehancuran.

Pilihlah
dengan pisau kuasa
di tanganmu itu untuk
mengupas kulit bawang
keimanan
atau
menghiris limau
kelekaan.

Shapiai Muhammad Ramly
Batu Pahat Johor

 (Mingguan Malaysia, 19 Ogos 2012)

No comments:

Post a Comment