Tuesday, August 28, 2012

Suara hati anak 9

Barang yang jatuh

Ayahandaku yang tercinta…!

Sesungguhnya di sebalik jasadku ini ada perasaan tersembunyi. Di dalam kepalaku ini ada akal yang berfikir….Mengapakah ayahanda mahu menjadikan saya seorang yang dirampas kehendak dan keinginannya? Mengapakah ayahanda menjadikan saya seorang yang dipadam kecenderungannya? Mengapakah ayahanda merampas kelayakanku untuk berfikir dan bertindak?....Mengapa?

Ayahanda menjadikan saya di rumah tidak ubah seperti lengan baju yang boleh disingsing dan dilepas mengikut sekehendak hati dan tidak ubah seperti barang yang jatuh.Anakmu ini tidak ada nilai dan tidak diperdulikan….. Tidak pernah pun ayahanda bertanyakan pendapatku…..Tidak pernah pun ayahanda berbincang denganku dalam sesuatu perkara….Tidak pernah pun ayahanda menerima pandanganku dalam sesuatu isu….

Kata-kataku semuanya dihukum salah sekali pun saya belum menuturkannya…..Idea dan fikiranku dihukum gagal sebelum dilaksanakan……Lalu jadilah saya ini ada seperti tiada….

            Tidak ada kebaikan dalam hidup seseorang apabila dia dianggap
sebagai barang yang gugur

Sedangkan Allah telah menyuruh rasulNya yang mulia supaya bermesyuarat dengan para sahabatnya.

            …dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
    (peperangan dan hal-hal keduniaan ) itu.

                                    ( Ali ‘Imran : 159 )

Sedangkan perintah sebenarnya ialah perintah Allah dan ketetapan sebenarnya ialah ketetapan Allah. Tidak ada yang dapat mengubah hukum dan ketetapanNya dan tidak ada yang dapat menolak urusan yang ditentukanNya.

Apalah sangat pandangan para sahabat ra yang terdedah kepada salah dan silap jika dibandingkan dengan pandangan seorang nabi yang tidak bercakap mengikut hawa nafsunya, tidak sesat dan tidak menipu daya.

Mintalah pandangan orang lain apabila kamu dilantik. Sekalipun kamu seorang yang layak mengemukakan pandangan kerana mata hanya dapat melihat apa yang dekat. Tetapi tidak dapat melihat dirinya sendiri melainkan dengan cermin.

                        (Abu Bakar Ahmad bin Muhammad al-Husain al-Arjani)

Wahai ayahandaku…! Siapakah lagi selepas Allah yang dapat menyuburkan kecerdasan  fikiranku?. Siapakah lagi yang dapat mengajarku memberikan kebebasan memilih? Bilakah saya dapat membuat keputusan tanpamu? Siapakah yang akan memecahkan kebuntuan fikiran dan mendinamiskan akalku? Siapakah yang dapat menjadikan saya boleh menyakini diri sendiri selepas Allah selain kamu?

Wallahu a’alam.

 (Kesilapan mendidik anak, JAKIM 2001)                                                           

No comments:

Post a Comment