Sunday, August 5, 2012

Kaedah mengaji agama IV

Bermula dan berakhir hari Rabu
 
Rasulullah saw bersabda: Tiada sesuatu perkara yang dimulakan pada hari Rabu itu melainkan sesungguhnya ia akan menjadi sempurna.

Sehubungan itu, Sheikh Islam Burhanuddin memula kelas-kelas pelajarannya pada hari Rabu. Beliau juga menamatkan satu-satu kuliah pelajarannya pada hari Rabu.Murid-murid mengulangkaji pelajarannya sebelum menyambung lagi pada hari lain.

Demikan juga imam Abu Hanifah memulakan pengajiannya pada hari Rabu setelah beliau mengetahui hadis Rasulullah saw berkenaan. Hadis itu diceritakan oleh gurunya yang bernama Sheikh Al-Imam Qawamuddin Ahmad bin Abdul Rashid. Seorang lagi guru yang bernama Sheikh Abu Yusuf Al-Hamdani juga memberhentikan pekerjaan kebajikannya pada hari Rabu.

Adalah difahamkan bahawa hari Rabu itu ialah hari dijadikan nur (cahaya) dan membawa keberkatan bagi orang-orang beriman.

Ini menepati hadis Rasulullah saw yang menyatakan bahawa sebarang pekerjaan yang dimulakan dan dihentikan sekejap pada hari Rabu akan menjadi sempurna iaitu selesai dan mencapai kejayaan.

Wallahu a’alam.

( Kaedah mengaji agama; Penerbit Taha 1986 )

No comments:

Post a Comment