Monday, August 20, 2012

Suara hati anak 1

Aduhai ayahanda, di mana kamu?

Ayahandaku yang tercinta….

Sudilah kiranya mendengarkan rintihan hatiku serta masalah yang akanku bentangkan di hadapanmu

Ayahandaku! Masalahku yang utama ialah ayahanda sendiri, di manakah kamu duhai ayahandaku?

Rumah yang ayahanda bina memanggil-manggil kamu…

Beburung yang ayahanda pelihara menyeru ayahanda…

Anak yang ayahanda lupakan…sedang mencari untuk duduk berdekatan dengan ayahanda…

Kerja-kerja, syarikat ayahanda, harta benda, rakan taulan ayahanda…mereka itu sebenarnya musuhku yang paling ketat. Ini kerana mereka merampasmu daripadaku, menjauhkanmu daripadaku, meskipun anakanda sedar bahawa apa sahaja usaha dan penat lelah yang ayahanda lakukan adalah demi anak-anakmu.

Namun begitu, ayahandaku, ingatlah tentang hak-hak yang perlu kita tunaikan sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah oleh Rasulullah saw :

Sesungguhnya kamu mempunya hak yang perlu ditunaikan kepada Tuhan, kepada diri kamu sendiri, kepada isteri dan kepada anak-anakmu, maka berikanlah hak itu kepada setiap yang berhak.
                                                (HR : al-Bukhari)

Sabda Rasulullah saw  juga :

Memadailah seseorang telah dikira melakukan dosa apabila ia mempersia-siakan orang yang dipeliharanya.

(HR dari Ibnu Umar dengan sanad Hasan sohih al-Jami’ oleh al-Albani, hadith bil 4481)

Sesungguhnya saya sangat merinduimu ayahandaku.

Ingin sekali rasanya saya meletakkan kepala di dadamu sambil meluahkan duka nestapaku.

Saya impikan untuk meletakkan wajahku antara jari jemarimu demi mengungkapkan rasa kasih dan sayangku kepadamu. Begitu jua rindu dendamku yang meluap-luap.

Saya ingin bergurau senda dengan ayahanda, saya inginkan agar ayahanda mengajar saya, memahamkan dan membentuk adab saya.

Apa yang jelasnya saya amat terpingin untuk merasai kehadiranmu bersamaku, demiku dan denganku.

Namun di manakah dikau ayahandaku?

Keyatiman bukannya orang yang habis usia ibu bapanya dari pada kemelut dunia dan meninggalkannya dalam kehinaan.
Keyatiman sebenar ialah anak yang terpaksa dibawa untuk menemui ibunya yang berasingan dan ayahnya yang kesibukan.
                                                                        (Ahmad Syauqi)

Wallahu a’alam.

 (Kesilapan mendidik anak, JAKIM 2001)                                                       

No comments:

Post a Comment