Saturday, August 18, 2012

Ateis dan Imam Ahmad

Imam Ahmad tiba lewat di hari pendebatannya dengan penganut fahaman ateis. Ia mengundang cacian golongan berkenaan. Imam Ahmad tenang menyatakan : Kamu tentu tahu bahawa saya tinggal di luar bandar. Di situ terdapat sebatang sungai yang cukup lebar. Ketika ke sini, tiada satu sampan pun untuk digunakan menyeberang. Lantaran itulah saya terlewat.

Jadi bagaimana kamu boleh tiba kalau tiada sebarang sampan : Tanya mereka kehairanan.

Ah! Satu perkara yang ajaib berlaku. Secara tiba-tiba sekeping papan hanyut terapung-apung dan dengan sendirinya berhenti di depan saya. Kemudian disusuli pula oleh beberapa papan-papan lain yang juga hanyut lalu semuanya bergabung. Tiba-tiba muncul pula seutas tali.  Papan-papan dan tali membentuk dengan sendirinya menjadi sampan yang elok dan baik. Sampan kecil itulah yang menyeberangkan saya hingga sampai ke tempat ini dengan selamat , ungkap Imam Ahmad.

Kumpulan ateis ketawa terbahak-bahak. Ah! Mengarut sahaja. Itu mustahil dan tidak masuk akal : kata salah seorang dari mereka.

Dengan lembut Imam Ahmad membalas : Kalau kamu tidak percaya sampan yang kecil itu boleh terbentuk dengan sendirinya, bagaimana pula dengan alam semesta ini yang besar dan boleh terjadi dengan sendirinya tanpa kekuasaan daripada Tuhan SWT.

Wallahu a’alam.

( Rahsia kehebatan wali-wali Allah; Adil Akhyar 2012)

No comments:

Post a Comment