Sunday, August 12, 2012

Mas kahwin yang disaksikan Malaikat 1

Ketika Allah memerintahkan Rasulullah untuk mencarikan suami bagi anaknya, baginda memanggil semua sahabatnya tanpa sebarang diskriminasi.

Allah memerintahkan aku untuk memberitahu kamu bahawa sesiapa yang mampu membaca seluruh al-Quran pada malam ini boleh menikahi puteriku Fatimah, jika dia menerimanya, kata Rasulullah.

Malam itu, semua sahabat berusaha menyelesaikan seluruh bacaan Quran kecuali Ali bin Abi Talib yang pulang ke rumah untuk tidur. Ketika Bilal mengumandangkan azan subuh, semua orang berkumpul di masjid termasuk Rasulullah.

Ketika nabi menanyakan siapa yang sudah menyelesaikannya tidak seorang pun menjawabnya, kerana amat susa menamatkan 30 juz dalam masa 7 – 8 jam sahaja. Namun Ali bin Abi Talib berkata : Ya Rasulullah, aku telah menamatkan seluruh al-Quran semalam.

Sahabat-sahabat yang lain melihat ke arah Ali dengan hairan. Salah seorang daripada mereka bertanya : Bagaimana kamu menyelesaikannya? Bukankah kamu tidur semalaman.

Ali menjawab : Tidak, aku memang menyelesaikannya.

Siapa saksimu, wahai Ali, soal Rasulullah

Ali menjawab ringkas : Allah adalah saksiku dan engkau, ya Rasulullah adalah juga saksimu.

Aku membaca Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah sebanyak 3 kali, Astaghfirullah ( 70 kali ), Al-Fatihah ( 1 kali ), Al Ikhlas ( 3 kali ), Al Falaq ( 1 kali ), An Naas ( 1 kali ), Laa ilaaha illallah ( 10 kali ) dan Allahumma solli alla Muhammadin wa alaa ali muhammaddin wasalim sebanyak 10 kali, Ali menyambung.

Sebagaimana Allah memberi kesaksian, aku juga memberi kesaksian bahawa Ali telah menyelesaikan seluruh bacaan Quran. Jika kamu membaca seperti apa yang dibaca oleh Ali, sama seperti dia membaca 30 juzuk al-Quran (pahala), kata Rasulullah.

Wallahu a’alam.

( Rahsia kehebatan wali-wali Allah, Adil Akhyar 2012 ) 

No comments:

Post a Comment