Friday, August 10, 2012

Bingkisan Ramadan 19

Banyakkan sedekah

Imam al-Syafie berkata :Amat wajar bagi seorang yang berpuasa untuk meningkatkan sifat pemurah dan dermawannya sebagaimana pemurah dan dermawannya Rasulullah saw pada bulan Rmadan. Ibnu Abbas ra meriwayatkan mengenai salah satu sifat Rasulullah saw yang paling menonjol pada bulan Ramadan :

Rasulullah saw merupakan seorang yang paling pemurah. Sifat pemurahnya paling ketara dapat dilihat pada bulan Ramadan.

                                    ( HR Bukhari & Muslim )

Selain menyahut seruan Allah dan rasulnya, amalan bersedekah terutamanya pada bulan Ramadan menghimpunkan banyak kebaikan. Antaranya:

a) Sedekah dapat menyucikan jiwa

Allah SWT menjanjikan bentuk penycian jiwa dengan cara paling mudah iaitu melalui bersedekah. Firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 103 :

Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka sebagai sedekah supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk).

b) Sedekah menjadi lembayung pelindung panas akhirat

Tidak ada sesiapa pun yang dapat meramalkan untung nasibnya ketika berada di hari akhirat nanti. Apabila matahari berada sejengkal di atas kepala, ttis peluh mengalir sederas aliran sungai dek panasnya hari tersebut. Pada ketika inilah datang sedekah menjadi lembayung penahan panas buat tuannya.Ibnu Khuzaimah meriwayatkan kepada Uqbah bin ‘Amir ra:

Setiap individu (di akhirat kelak) pasti akan berada di bawah lindungan sedekahnya sehinggalah pengadilan kepada manusia selesai dijalankan.

                                    (HR : Muslim)

Seorang soleh pernah berkata : Ketika aku didatangi faqir miskin meminta sedekah, aku mengalu-alukan kedatangannya dengan ucapan selamat datang. Orang ibilah yang akan menjadi bekalan (amal baik) kami untuk disampaikan kepada Allah, Tuhan kami.

Orang yang bersedekah pada bulan Ramadan akan lebih senang untuk memahami kesusahan fakir miskin. Dia mendekati mereka dengan menghulur sedekah. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Yusof ketika baginda memegang perbendaharaan Mesir. Baginda banyak berpuasa sehingga orang bertanya kepada baginda, mengapa tuan sering berpuasa sedangkan perbendaharaan Negara di bawa penjagaan tuan?
Laku baginda menjawab, saya takut kalau saya kenyang, saya lupa nasib orang-orang yang kelaparan.

Janganlah memandang ringan amalan bersedekah. Rebutlah peluang bersedekah walaupun hanya dengan sebiji buah kurma atau seteguk air. Ia mungkin kecil di sisi manusia tetapi amat besar ganjarannya di sisi Allah. Oleh itu, hiasilah Ramadan dengan memperbanyakkan bersedekah.

Wallahu a’alam.

 ( BPI KPM; 2008 )

No comments:

Post a Comment