Friday, August 17, 2012

Haji Tidak Mabrur V

1. Berpakaian yang kurang sesuai sewaktu di Tanah Suci Mekah.
Jemaah haji wanita perlu menjaga aurat pada setiap masa yang boleh dilihat oleh lelaki. Oleh itu pakaian yang dibawa ke sana hendajklah sesuai dengan etika ibadah bagi mengelakkan fitnah. Contohnya pakaian terlalu ketat, menimbulkan ghairah, berfesyen dan boleh menunjukkan kemegahan diri.

2. Melakukan ibadat dengan was-was.
Seseorang itu hendaklah melakukan ibadah dengan ilmu dan keyakinan. Keraguan selepas selesai ibadah akan meresahkan jemaah sendiri menyebabkan amalannya tergantung. Hindarilah perasaan was-was dalam ibadat debgan menanam sifat yakin pada diri sendiri.

3. Pengabaian jemaah dalam doa dan zikir
Jemaah hendaklah memperbanyakkan amalan berdoa dan berzikir dalam setiap pergerakan manasik seperti masa wukuf, bermalam di Muzdalifah, di Mina (termasuk waktu selepas melontar), tawaf, sai’e dan di tempat-tempat mustajab berdoa.

4. Tidak memberi keutamaan terhadap solat jenazah
Sebahagian  jemaah haji  enggan melakukan solat jenazah selepas solat fardhu di Masjidil Haram. Hal ini tidak menggambarkan kesatuan dalam kehidupan Islam yang sepatutnya. Sedangkan bersolat jenazah di sana amat besar pahalanya. Solat baadiyah boleh dilakukan selepas solat jenazah.

5. Memungut barang-barng yang dijumpai di Tanah Suci.
Ada jemaah yang suka memungut barang-barang yang tercicir kepunyaan orang lain. Ini menjadi beban amanah untuk dipulangkan semula kepada empunya. Jika terambil barang-barang jumpaan hendaklah di serahkan ke Pejabat Pemegang Amanah seperti Tabung Haji atau syarikat pengelola jemaah atau Pejabat Baitulmal di Masjidil Haram atau Nabawi.

( JAWHAR, JPM  2010 )

 Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan yang Hidup, yang sentiasa mengawasi. Aku memohon taubat kepadaNya sebagaimana taubatnya seorang hamba yang banyak melakukan dosa, yang tiada daya dan upaya bagi dirinya untuk berbuat mudharat atau manfaat untuk mati atau hidup mahupun bangkit semula setelah mati. Ameen Ya Rabb. 

No comments:

Post a Comment