Hikmat 22
Bila seseorang mengadu kepada
anda; saya tak tahu apa-apa, bagaimana?
Anda boleh menjawab mengunakan mutiara hikmat ini. InsyaAllah., jika memahami
mutiara hikmat ini, tidak ada lagi masalah tak
tahu apa-apa. Misalnya, orang itu hendak ke suatu tempat yang asing,
bolehlah diibaratkan seperti air yang tertumpah di lantai – ia akan pandai
mencari arahnya sendiri.
Manusia tiba-tiba menjadi pandai
dan tahu apa yang perlu dilakukan, jika terdesak dan terpaksa. Syarat utama
ialah kemahuan yang kuat. Jika tidak mahu, dan tidak yakin, seperti selalunya,
tidak akan sampai ke mana-mana, tidak akan menjadi air yang tertumpah tahu
mencari arahnya sendiri.
Memang syarat utama untuk
melakukan sesuatu ialah berilmu atau tahu. Hendak ke suatu tempat asing,
sekurang-kurangnya tahu sedikit sebanyak tentang tempat asing tersebut. Tapi
bagaimana jika ia diperlukan secara tiba-tiba?Tetap anda perlu mencari maklumat
asas tempat tersebut. Hanya jika anda telah berusaha dan tidak menemuinya,
barulah anda tawakal dan percaya boleh mencari arah sendiri sama seperti air
yang tertumpah. Jangan fikirkan tak boleh
sebagaimana manusia lain sebaliknya fikirkan. Memang boleh, tak ada masalah.
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment