Sambungan petikan
teks ucapan...........
Sempena hari yang bersejarah ini, saya ingin mengimbau sejarah yang
mencetuskan gagasan Maulidur Rasul saw. Ia sebenarnya bermula pada era pemerintahan panglima Islam yang terkenal
iaitu Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Ketika ummah semakin dibelai dengan kilauan dunia, jiwa semakin dihimpit
dengan penyakit wahan, iaitu cintakan
dunia dan takutkan mati, Sultan Salahuddin tampil dengan membawa satu gagasan,
gagasan yang tidak lain bertujuan untuk menyemai dan membangkitkan semangat
perjuangan.

Hari ini kita melihat kembali Baitul Makdis berada di dalam gengaman bukan
umat Islam tetapi Baitul Makdis yang mendapat kemuliaan Al-Quran, bumi yang
mendapat kemuliaan daripada Allah swt dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
Sesungguhnya kita mengharapkan akan ada nanti Salahuddin Al-Ayubi yang ke-2,
akan ada nanti tentera-tentera Islam yang ke-2 yang membebaskan Baitul Makdis.
Datuk Seri Jamil Khir
Baharom
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri
Putrajaya
24 Jan 2013
No comments:
Post a Comment