Friday, January 4, 2013

Pembahagian harta 2


Ashabul Furud

Ashabul Furud ialah mereka yang berhak mendapat harta pusaka mengikut bahagian yag ditetapkan  iaitu 2/3, ½, 1/3, ¼, 1/6 dan 1/8. Mereka terdiri :

a) Anak Perempuan :

½ bila seorang sahaja
2/3 bila 2 atau lebih
Asabah bila bersama anak lelaki

b) Cucu P dari anak L

½ bila seorang sahaja
1/6 bila seorang dan bersama seorang anak P
2/3 bila dua orang atau lebih
Mahjub bila ada anak L
Mahjub bila ada 2 anak P
Asabah bila ada anak L sebelah bapa
Asabah bila ada cucu L walau pun ada 2 anak P

c) Saudara P Seibu-sebapa
 
½ bila seorang sahaja               
2/3 bila 2 orang atau lebih
Mahjub bila ada anak L
Asabah bila ada anak P
Asabah bila ada cucu dari anak L
Mahjub bila ada cucu dari anak L ke bawah
Asabah bila ada saudara L (I/B)
Mahjub bila ada bapa

d) Saudara Perempuan Sebapa

½ bila seorang sahaja
2/3 bila 2 orang atau lebih
1/6 bila ada saudara P (I/B)
Asabah bila ada saudara l (B)
Asabah bila ada cucu P daripada anak L
Mahjub bila ada 2 orang saudara P (I/B)
Mahjub bila ada anak L
Mahjub bila ada cucu l daripada anak L
Mahjub bila ada Bapa
Mahjub bila ada cucu L daripada anak L
Mahjub bila ada saudara P (I/B) bersama anak P
Mahjub bila ada saudara P (I/B) bersama cucu P daripada anak L

e) Saudara Perempuan Seibu

1/6 bila seorang sahaja
1/3 bila 2 orang atau lebih
Mahjub bila ada anak L
Mahjub bila ada anak P
Mahjub bila ada cucu L daripada anak L
Mahjub bila ada cucu P daripada anak L
Mahjub bila ada bapa
Mahjub bila ada datuk

f) Bapa dan Datuk

1/6 dan Asabah bila ada anak P
1/6 dan Asabah bila ada cucu P daripada anak L
1/6 bila ada anak L
1/6 bila ada cucu L daripada anak L
Asabah bila tiada:
a) Anak L
b) Anak P
c) Cucu L daripada anak L
d) Cucu P daripada anak L
Datuk Mahjub bila ada bapa

g) Emak

1/6 bila ada anak L
1/6 bila anak P
1/6 bila ada cucu L daripada anak L
1/6 bila ada 2 atau lebih Saudara L atau P samada (I/B) atau tidak
1/3 bila tiada:
a) Anak L
b) Anak P
c) Cucu L daripada anak L
d) Cucu P daripada anak L
1/3 bila ada seorang Saudara L atau P samada (I/B) atau tidak
1/3 daripada baki bila terdiri daripada:
a) Emak
b) Bapa
c) Suami atau isteri

h) Suami

½ bila tiada:
a) Anak L
b) Anak P
c) Cucu L daripada anak L
d) Cucu P daripada anak L

¼ bila ada:
a) Anak L
b) Anak P
c) Cucu L daripada anak L
d) Cucu P daripada anak L

i) Isteri

¼ bila tiada:
a) Anak L
b) Anak P
c) Cucu L daripada anak L
d) Cucu P daripada anak L

1/8 bila ada:
a) Anak L
b) Anak P
c) Cucu L daripada anak L
d) Cucu P daripada anak L

Petunjuk :
P : Anak Perempuan
L : Anak Lelaki
Asabah : Lebihan
Mahjub : Terhalang
I/B : Seibu Sebapa
B : Sebapa
I : Seibu

Wallaahu a’lam.

Ilmu Faraid : Pembahagian harta (ms 2-4)
 Jabatan Mufti Negeri Kelantan

No comments:

Post a Comment