Wednesday, January 9, 2013

Inovasi dan kreativiti


Nilai Kelima Etos Perkhidmatan Awam

Inovasi adalah suatu proses untuk mencipta dan menyampaikan nilai baru kepada pelanggan dalam pasaran, manakala kreativiti adalah penjanaan idea-idea baru dan bernilai untuk produk, perkhidmatan, proses dan prosedur oleh individu atau kumpulan. Dalam konteks sektor awam, sesuatu ciptaan itu boleh dikatakan inovasi sekiranya ia dapat memberi manfaat yang dinyata kepada rakyat atau yang diistilahkan sebagai nilai awam (public value) dan memberi nilai tambah kepada keadaan sedia ada.

Business Week, dalam keluarannya pada April 2010 telah menyenaraikan 50 syarikat yang paling inovatif di dunia. Jika kita meneliti faktor-faktor yang telah menempatkan syarikat-syarikat tersebut di dalam senarai, kita akan menemui dua prinsip yang sangat mudah – iaitu ciptaan yang dihasilkan adalah baharu dan ianya berdasarkan kepada apa yang pelanggan mahukan.

Sementara kreativiti adalah pencetusan atau percambahan idea baharu, inovasi pula merujuk kepada pengaplikasian sesuatu idea yang memberi impak yang signifikan kepada rakyat. Kreativiti dan inovasi menjadi pemangkin kepada transformasi perkhidmatan awam melalui pelaksanaan idea-idea yang mencabar status quo serta menambah nilai kepada kualiti penyampaian perkhidmatan.

Amalan :

# Membangun dan mengaplikasikan ICT untuk mempercepatkan urusan.
# Berkerja di luar kotak kebiasaan berbanding berurusan seperti lazim.
# Komitmen dan sokongan pengurusan atasan dalam meneruskan budaya kerja berasaskan kreativiti dan inovasi.
# Menubuhkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di tempat kerja
# Perekayasaan proses dan prosedur kerja

Etos Perkhidmatan Awam
MAMPU, 2012

No comments:

Post a Comment