Saturday, January 5, 2013

Pembahagian harta 3


’Asabah :

Menurut istilah syarak, ’Asabah ialah waris-waris yang tidak mempunyai kadar yang ditetapkan secara jelas oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Menurut pendapat ulama Faraid, ’Asabah ialah waris yang menguasai semua harta sekiranya beliau seorang diri sahaja dan jika ada waris yang layak, dia mengambil semua baki harta yang tinggal. Mereka ialah :
Anak L
Cucu L
Saudara L seibu sebapa
Saudara L sebapa
Bapa Saudara seibu sebapa

Pembahagian ‘Asabah :

Asabah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
1) Asabah Nasabiah iaitu asabah kerana nasab
2) Asabah Sababiah iaitu asabah kerana memerdekakan hamba iaitu tuan yang memerdekakan hamba tadi memwarisi harta hamba yang dimerdekakan jika hamba tersebut tidak mempunyai waris.

Jenis-jenis Asabah Nasabiah :

1. Asabah Bi an-Nafsi
Ia hanya melibatkan waris lelaki sahaja iaitu:

1. Anak yang meliputi :
Anak simati
Cucu sebelah anak L dan ke bawah

2. Bapa yang meliputi :
Ayah simati
Datuk sebelah bapa dan ke atas

3. Saudara yang meliputi :
Saudara seibu sebapa
Saudara sebapa
Anak saudara dari saudara L seibu sebapa
Anak saudara L dari saudara sebapa dan ke bawah

4. Bapa Saudara yang meliputi :
Bapa Saudara seibu sebapa
Bapa Saudara sebapa
Anak Bapa Saudara (sepupu L) dari Bapa Saudara seibu sebapa
Anak Bapa Saudara (sepupu L) dari Bapa Saudara sebapa
 
Tip Tambahan :

Asabah Bi an-Nafsi yang mempunyai 4 golongan adalah mengikut tertib iaitu diutamakan anak ke atas bapa, bapa lebih utama daripada saudara dan saudara lebih berhak daripada bapa saudara. Sekiranya terdapat satu golongan daripada mereka (misalnya anak) maka dia akan mendapat semua harta atau sebahagian sahaja setelah diambil oleh waris lain. Jika tiada harta yang tinggal, maka mereka tidak mendapat sebarang harta KECUALI anak dan ayah.

2. Asabah Bi Ghairihi

Semua mereka adalah perempuan iaitu :
1. Anak Perempuan akan mendapat asabah jika bersama (saudaranya) anak lelaki.
2. Cucu P sebelah anak L jika bersama (saudaranya) cucu P sebelah anak L dan ke bawah.
3. Saudara P seibu sebapa jika bersama (saudaranya) saudara : seibu sebapa.
4. Saudara P sebapa jika bersama (saudaranya) saudara L sebapa.

Syarat-syarat Asabah Bi Ghairibi :
1. Perempuan tersebut mestilah dalam golongan Ashabul Furud
2. Perempuan tersebut mestilah sama darjat seperti anak P mestilah dengan kehadiran anak L dan tidak sah kalau anak P dengan saudara L sebapa.
3. Perempuan tersebut mestilah lebih tinggi martabatnya, tidak boleh asabah saudara P seibu sebapa dengan kehadiran saudara L sebapa setiap ggolongan menjadi asabah dengan kehadiran orang lain iaitu saudara lelaki masing-masing. Pewarisan di antara mereka ialah lelaki mendapat dua bahagian perempuan (2:1).

3. Asabah Ma’a Ghairihi

Asabah Ma’a Ghairihi ialah setiap perempuan yang memerlukan kehadiran perempuan untuk melayakkan dirinya mendapat asabah. Mereka ialah :
1. Saudara P seibu sebapa akan mendapat asabah jika bersama anak P atau ke bawah.
2. Saudara P sebapa akan mendapat asabah jika bersama anak P atau ke bawah.

Tip Tambahan :
Perempuan yang termasuk dalam Asabah Ma’a Ghairihi mestilah tidak mempunyai saudara L bagi diri mereka.

Jika Saudara P seibu sebapa menjadi Asabah Ma’a Ghairihi, maka dia MEMPUNYAI KUASA seperti Saudara L seibu sebapa dalam menghalang pewarisan daripada waris-waris yang lain tetapi dia TIDAK LAYAK mengambil harta mengikut bahagian Saudara L seibu sebapa.

Petunjuk :
P : Anak Perempuan
L : Anak Lelaki
Asabah : Lebihan
Mahjub : Terhalang
I/B : Seibu Sebapa
B : Sebapa
I : Seibu

Wallaahu a’lam.

Ilmu Faraid : Pembahagian harta (ms 5-7)
Jabatan Mufti Negeri Kelantan

No comments:

Post a Comment