Adapun takjub pada sesuatu yang dikaitkan kepada dirinya maka ia dicela oleh syarak dan membinasakan ibadat :
1. Firman Allah Taala : Pada hari
perang Hunain ketika itu kamu merasa takjub kerana banyak jumlah kamu tetapi
jumlah yang banyak itu tiada menolong kamu sedikit pun.
2. Sabda nabi saw : Tiga perkara yang
membinasakan ibadat. Pertama, kikir yang diikuti. Kedua, mengikut hawa nafsu,
iaitu mengikuti segala yang disukai oleh nafsu yang dicela oleh syarak. Ketiga,
takjub seseorang itu pada diri sendiri.

Kesimpulannya :
Takjub yang membinasakan amalan itu
ialah apabila seseorang menilik ilmunya atau amalannya yang dikaitkan kepada
dirinya dan ia tiada ingat kesemua itu datang daripada Allah dan tiada takut
hilangnya. Adapun sesiapa yang menilik ilmunya atau amalannya dan sebagainya
daripada sifat-sifat kesempurnaan, adalah nikmat daripada Allah Taala yang
dijadikan baginya, sedangkan ia takut kehilangannya dan ia suka nikmat daripada
Allah Taala itu ada padanya, maka yang demikian itu, tidak dinamakan takjub.
Wallaahu a’lam.
Hidayah Salikin
Syeikh Abdul Samad
al-Palimbani.
No comments:
Post a Comment