Sunday, January 20, 2013

Maksiat batin 3


Marah

Marah adalah dicela oleh syarak kerana :
Sabda nabi saw : Marah itu membinasakan iman seperti patarwali membinasakan madu.

Patarwali ialah sejenis tumbuhan, batangnya sangat pahit. Ada orang menggunakannya sebagai bahan ubatan tradisional.

Sabda nabi saw : Seseorang itu tiada marah melainkan ia hampir di atas api neraka Jahnam.

Dan lagi sabda nabi saw : Bahawasanya memarahkan itu daripada syaitan dan bahawa syaitan itu dijadikan daripada api. Hanya sesungguhnya api itu padam dengan air. Maka apabila seseorang kamu marah, maka hendaklah ia mengambil air sembahyang.

Wallaahu a’lam.

Hidayah Salikin
Syeikh Abdul Samad al-Palimbani.

No comments:

Post a Comment