Saturday, January 19, 2013

Maksiat batin 1


Kegemaran makan

Allah benci orang berlebihan makan dan minum.
Adapun sangat gemarkan kepada makanan dan melebihi kenyang daripada kebiasaannya dan membanyakkan makanan, dicela oleh syarak seperti firman Allah Taala:

Ertinya: Wahai anak Adam, ambillah perhiasan kamu pada setiap kali di masjid. Dan makan dan minumlah serta janganlah kamu berlebihan pada makan dan minum itu kerana sesungguhnya Allah Taala tiada kasih orang yang berlebihan dalam makan dan minum.

Allah suka orang yang berlapar dan dahaga
Sewajarnya engkau mengurangi makan dan minum itu sehingga jangan sangat kenyang kerana yang demikian itu dituntut dan dipiji oleh syarak kerana:

1. Sabda nabi saw : Tiada amalan yang terlebih kasih pada Allah Taala daripada lapar dan dahaga.

2. Dan sabda nabi saw : Yang terlebih utama di kalangan kamu pada Allah ialah orang yang banyak lapar dan banyak tafakur. Dan yang teramat benci di kalangan kamu pada Allah ialah orang yang banyak  makan, banyak tidur dan banyak minum.
 
Apakah kadar makan yang dipuji dan dicela?
Kadar makan yang dipuji oleh syarak itu ada tiga darjat:
1. Darjat siddikin iaitu yang terlebih tinggi, bahawa mereka makan sekadar menguatkan beribadat kepada Allah Taala sahaja.

2. Bahawa mereka makan pada sehari semalam setengah cupak, iaitu setengah daripada seperempat gantah fitrah (gantang Baghdad). Inilah  dilakukan oleh Umar bin Al-Khattab dan beberapa para sahabat kerena makanan mereka pada setiap tujuh hari adalah satu gantang fitrah gandum

3. Bahawa ia makan pada sehari semalam satu cupak iaitu satu perempat gantang fitrah.

Dan memakan lebih daripada ini adalah terkeluar daripada orang yang menjalani jalan kepada Allah Taala dan dicela oleh syarak.

Wallaahu a’lam.

Hidayah Salikin
Syeikh Abdul Samad al-Palimbani.

No comments:

Post a Comment