Tuesday, January 8, 2013

Berintegriti


Nilai Pertama  Etos Perkhidmatan Awam :

Integriti bermaksud perihal sifat individu dan organisasi yang sempurna, berteraskan nilai-nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksana. Ia merangkumi sifat-sifat menyeluruh seseorang individu @ sesebuah organisasi berdasarkan nilai-nilai murni sejagat termasuk juga aspek akauntabiliti. Sifat-sifat ini perlu diperlihatkan oleh penjawat awam melalui pelaksanaan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan demi kepentingan umum.

Justeru, penjawat awam tidak boleh menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri demi mewujudkan perkhidmatan yang telus, adil dan saksama. Hakisan integriti dalam kalangan penjawat awam tidak hanya berkaitan dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tetapi merangkumi aspek yang lebih luas dan komprehesif.

Ini termasuklah dalam pengurusan masa, penyediaan perkhidmatan, penyampaian maklumat dan komunikasi. Dalam apa jua tindakan, intergriti hendaklah sentiasa disematkan dalam diri penjawat awam. Penghayatan nilai integriti adalah sejajar dengan komitmen kerajaan untuk mewujudkan suatu asas kepada pembinaan sahsiah penjawat awam.

Amalan :

# Mengurus masa dengan cekap dan berkesan
# Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan secara ikhlas
# Membuat keputusan yang adil dan telus
# Mengurus sumber kewangan dan peralatan pejabat secara berhemah
# Menjaga etika perkhidmatan awam

Etos Perkhidmatan Awam
MAMPU, 2012

No comments:

Post a Comment