Sunday, January 6, 2013

Senja menutupi sinar


Banyak yang boleh diungkapkan
tentang ceritera di hujung taman
ketika usia pun semakin samar
warna senja menutupi sinar

Tentang perjalanan yang dilalui
tentang liku-liku yang ditempuhi
tentang suka-duka yang dialami
segalanya menjadi kristal yang abadi
terpahat kukuh di dinding hati

Kecacatan mungkin boleh nampak
bukan sahaja pada usia yang riak
di sebalik senyuman yang wajah tampak
menyembunyikan segala kekeliruan
di bawah rumput-rumput
mengitari taman

Roda-roda kehidupan saling berputar
rasa dengki dan iri hati
sesama insan
sentiasa berkisar
sentiasa beredar!

Ismail Hashim
Seremban Negeri Sembilan

Mingguan Malaysia
6 Jan 2013 

No comments:

Post a Comment