Monday, January 21, 2013

Maksiat batin 4


Dengki

Adapun dengki itu adalah sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak dan lagi haram. Kata Imam al-Gazali : Ketahuilah bahawa dengki itu haram iaitu engkau sukakan kehilangan nikmat daripada orang lain selain daripadamu dan engkau sukakan diturunkan bala kepadanya. Dan tiada haram berlumba-lumba iaitu engkau berangan-angan dan suka mendapat nikmat bagi dirimu sebagaimana orang lain tetapi engkau tiada suka nikmat itu hilang daripadanya.

Dan harus engkau suka kehilangan nikmat daripada orang yang zalim supaya hilang kezalimannya. Ketahuilah bahawa hasad itu membatalkan ibadat dan mendatangkan kemurkaan Allah Taala seperti sabda nabi saw : Hasad itu memakan amalan kebajikan seperti api memakan kayu kering.

Wallaahu a’lam.

Hidayah Salikin
Syeikh Abdul Samad al-Palimbani.

No comments:

Post a Comment