Tuesday, December 24, 2013

Wawasan dan strategi

Esei 36

Individu yang mempunyai impian, wawasan dan strategi adalah lebih perkasa dari mereka yang hanya berilmu.Langkah pertama menuju wawasan adalah membayangkan hasil yang bakal diperolehi. Pupuk dan semaikan semangat untuk sentiasa memandang ke hadapan, seiring dengan keupayaan meramalkan apa yang akan berlaku kelak supaya kita sentiasa di hadapan. Tuhan sudah tentu ada perancangan untuk kita semua. Makhluk kejadiannya sahaja yang boleh membuat sentuhan terakhir.

Strategi dan rangka jadual yang ketat tidak semestinya menghadkan kebebasan dan kreativiti. Tetapkan harapan dan piawaian yang tinggi, diiringi berkat doa, wawasan, keinginan, keyakinan, semangat, dengan mudah anda akan menemui jalan kejayaan. Anda lebih berani mengambil risiko kerana halangan sudah tidak ada. D.Curtis pernah berkata; kita adalah apa yang telah dibayangkan. Teruskan usaha yang gigih untuk mendapatkannya.

a) Dalam perniagaan seperti dalam seni mempertahankan diri, yang penting bukan hanya mengelakan pukulan, tetapi untuk menjangka dari mana datangnya. (B.Tapie)

b) Kebanyakkan objektif tidak boleh dilihat, kerana ia terhijab oleh pandangan intelek, walaupun ia terlalu hampir pada pandangan mata kasar. (Henry D.Thoreau)

Wallahu alam.

Stephen W.K.Tan
100 Esei Inspirasi & Motivasi Untuk Pelajar

No comments:

Post a Comment