Monday, December 23, 2013

Kapasiti psikik

Esei 35

Fenomena psikik biasanya merujuk kepada tanggapan saraf tambahan (extra-sensory-perception –ESP); seakan telepati, pra-akaun dan membuat ramalan, sama juga seperti hipnosis, psikokinesis, psikokinematis.

Buku Psycic Powers, oleh pengarang Time-Life books menceritakan bahawa pada tahun 1955 Joicey Hurth, gadis berusia 5 tahun di Cedarburg, Wisconsin USA telah tercedera selepas dilanggar sebuah kereta semasa dia sedang berlari untuk mengikuti abangnya menonton teater. Dia bergerak ke sebelah, dan menjerit, mama , mama. Ibunya, di rumah yang agak jauh, dengan tiba-tiba merasa kemalangan itu dan segera menelefon teater tersebut. Ini adalah bentuk telepati antara individu yang dihubungi oleh emosi dan insiden begini agak biasa.

Jurnal ahli-ahli psikologi dalam perpustakaan penuh dengan catatan pengalaman pada kuasa psikik. Emerson menyatakan, yang hebat adalah mereka yang boleh melihat bahawa semangat yang kuat adalah lebih berkuasa kebendaan, iaitu pemikiranlah yang mentadbir dunia. O.S. Marden menyatakan, pelbagai kemungkinan mengenai latihan pemikiran adalah tidak terhad.....malah tidak ramai  yang mengambil berat untuk menghalakan pemikiran mereka ke arah haluan yang boleh memberi manfaat kepada mereka, sebaliknya semua dibiarkan kepada takdir.

Wallahu alam.

Stephen W.K.Tan
100 Esei Inspirasi & Motivasi Untuk Pelajar

No comments:

Post a Comment