Tuesday, December 10, 2013

Kompetensi Fungsian JPN & PPD (3)

Perancangan dan Hala Tuju Strategik

Keupayaan menetapkan hala tuju strategik yang jelas, memantau prestasi pelaksanaan supaya operasi dapat dilaksanakan dengan lancar serta dapat mengatasi halangan pencapaian matlamat.

Tahap 1 :
a) Berkeupayaan mengenal pasti isu-isu dalam bidang kerja yang tidak selari dengan matlamat organisasi serta memahami hubungkait sebab dan akibat.
b) Berkeupayaan membangunkan penyelesaian jangka pendek secara terus dan jangka pendek berasaskan amalan yang wujud dalam organisasi.

Tahap 2 :
a) Berkeupayaan mengenal pasti isu-isu dalam bidang kerja yang tidak selari dengan matlamat organisasi dan berinisiatif untuk mengkaji dengan mendalam dan mengenal pasti punca masalah sesuatu isu.
b) Berkeupayaan menggubah pelan jangka panjang berasaskan amalan yang wujud dalam organisasi.

Tahap 3 :
a) Berkeupayaan mengenal pasti punca masalah dalam organisasi yang mungkin bersifat sistematik dan di luar kawalan terus seseorang
b) Mempunyai pengetahuan jelas dan berupaya mengenal pasti pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah serta berupaya menyelesaikan isu-isu
c) Berkeupayaan menggubal pelan jangka panjang yang lestari berasaskan kefahaman mengenai amalan terbaik dalam organisasi-organisasi yang lain.

Tahap 4 :
a) Berkeupayaan mengenal pasti bidang yang memberi kesan negatif kepada sistem dalam cara yang tidak langsung. Isu-isu ini melangkaui organisasi dan jika diselesaikan akan menfaatkan organisasi dalam jangka panjang.
b) Mempunyai pengetahuan mengenai  amalan dan isu terkini berkaitan tugas yang dihadapi oleh organisasi lain seperti sektor swasta dan kementerian lain, serta mempunyai keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan mengenai amalan terbaik untuk menyelesai masalah.
c) Berkeupayaan untuk menjana penyelesaian baharu dan belum pernah diterok, yang akan memberi faedah berterusan kepada sistem.

Wallahu alam.

KPM,2013

No comments:

Post a Comment