Sunday, December 22, 2013

Visualisasi dan pengesahan : permaidani ajaib

Esei 34

Satu jurnal perubatan Australia melaporkan seorang doktor Cina dan anak saudaranya telah hilang di dalam salji....suhu di bawah paras beku....telah ditemui hidup keesokan harinya! Doktor itu telah melakukan meditasi dan visualisasi pada malam itu, dengan membayangkan gambaran api luahan mulut seekor naga. Mereka berasakan diri mereka dimandikan haba suam!. Meditasi, visualisasi dan istirehat juga digunakan oleh seorang pakar sakit jiwa dari Australia, Dr. Meares dan Dr. C. Simonton, yang telah menghasilkan kejayaan dalam mengubati pesakit-pesakit kanser.

Sesungguhnya mereka semua menghayati 3B ; berupaya, berjaya dan berbakat. Fantasikan hajat. Bina imej minda pada tindakan dan pencapaian yang terbaik. Visualisasi dan pengesahan juga tabiat untuk mempercayai dan berharap hendaklah digabungkan. Ia tidak melibatkan sebarang belanja tambahan tetapi mampu memberikan kesejahteraan.

a) Oleh sebab itu jadi seorang yang terlalu memilih pada apa yang dirancang dalam hati anda, kerana jika anda mahukannya teramat sangat, anda akan memilikinya. (Emerson)

b) Apabila sesuatu objek, atau tujuan adalah jelas berada dalam minda kita, kewujudannya secara nyata akan boleh dilihat, ia cuma bergantung pada masa. (L.Whiting)

Wallahu alam.

Stephen W.K.Tan
100 Esei Inspirasi & Motivasi Untuk Pelajar

No comments:

Post a Comment