Friday, December 20, 2013

Munajaat Ya Al-Halim

Yang Maha Penyantun

Wahai Allah yang Halim, yang Maha Penyantun
kesantunanMu menyebabkan semua penderhaka
berkesempatan menyedari kesalahannya
dan kembali menggapai rahmatMu
sementara diriku tak sanggup menyaksikan
perbuatan derhaka
yang terjadi di sekitarku
sehingga aku mahu bertindak dan membenci mereka.

Oleh itu wahai Al-Halim
kiranya Engkau berkenaan
mencurahkan setitis kesantunanMu
supaya aku dapat mencintai dan menyayangi mereka
tanpa menuntut apa pun daripada mereka
mahu ataupun derhaka
Kau tidak peduli
cintai dan sayangMu tetap saja mengalir
bagi mereka.
Aameen.

Kecerdasan berasaskan Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011

No comments:

Post a Comment