Monday, December 9, 2013

Isu Perkembangan Profesional Di Sekolah (4)

Sikap Guru

Terdapat guru yang menolak perubahan yang cuba dibawa oleh pengetua/guru besar dan ini adalah masalah yang paling sukar ditangani. Pengetua/guru besar perlu sensitif kepada guru yang menolak perubahan kerana untuk berubah memerlukan masa.

Guru terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai nilai, pandangan dan masalah yang berbeza. Untuk membudayakan perkembangan di sekolah memerlukan komitmen semua pihak. Guru mungkin sukar menerimanya pada peringkat awal kerana telah berada di zon selesa. Sekiranya impak program-program yang dijalankan dapat dilihat melalui perubahan tingkahlaku, sikap dan pencapaian murid-murid guru akan lebih mudah menerimanya sebagai amalan mereka.

Wallahu alam.

Sallina bt Hussain, A Razak b A Karim & Rahmah bt Sayuti
Membudayakan Perkembangan Profesional

No comments:

Post a Comment