Wednesday, December 11, 2013

Pesanan Ibu Khuzaimah bt Sulaiman

Intergriti meluruskan laluan misi dan visi

a) Bersyukurlah kepada Allah kerana kamu telah mendapat pekerjaan sebagai guru, kakitangan kerajaan bergaji tetap dan akan dapat pencen sekiranya umur panjang.

b) Jauhkan diri daripada melawan Guru Besar (hormati ketua), jika lawan ketua, kamu akan susah nanti. Berbincanglah sekiranya menghadapi masalah, bercakaplah dengan elok dan jangan sekali-kali sakitkan hati orang.

c) Jauhilah sama sekali ponteng kerja, supaya halal setiap sen gaji yang kamu terima.

d) Sekiranya kamu sakit atau kurang sihat, jika masih terdaya pergi ke sekolah, kamu kena pergi, sebab murid kamu akan terbiar sekiranya tiada guru nanti. Bekerja sebagai guru berbeza dengan pegawai di pejabat, mereka di pejabat menghadap fail, tapi kamu menghadap murid

e) Berbuat baiklah kamu dengan semua orang, walaupun orang itu berbuat jahat kepada kamu. Sedikit pun tidak rugi jika kamu berbuat baik kepada orang malahan kamu akan mendapat untung.

f) Ibu tidak ada harta kekayaan yang hendak diberikan kepada kamu. Dengan kelulusan dan pekerjaan yang sudah dapat sekarang, itulah harta dari ibu. Ingatlah, setiap harta yang kita miliki biarlah berkat.

Anak yang  baik mendengar kata

Wallahu alam.

Jejak Guru Berintegriti :
Integriti memperkasa

No comments:

Post a Comment