Sunday, December 8, 2013

Isu Perkembangan Profesional Di Sekolah (3)

Pengurusan Kewangan

Sekiranya perancangan telah dibuat dengan mengambilkira latihan-latihan dan aktiviti perkembangan profesional yang diperlukan guru dan staf di sekolah, masalah kewangan tidak akan timbul. Perancangan strategik sekolah perlu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan guru dalam usaha merealisasikan matlamat sekolah dan tindak ikut seterusnya ialah untuk JK Kemajuan Staf sekolah merangka program dan latihan yang sesuai. Peruntukan kewangan untuk program peningkatan guru diberikan dan program dijalankan. Sebagai pemimpin, pengetua/guru besar juga perlu bijak mencari sumber kewangan untuk menggerakkan program perkembangan profesional di sekolah.

Wallahu alam.

Sallina bt Hussain, A Razak b A Karim & Rahmah bt Sayuti
Membudayakan Perkembangan Profesional

No comments:

Post a Comment