Monday, December 16, 2013

Menangani Tekanan

Model ACT

A : Awareness, iaitu kesedaran seseorang tentang apa yang menganggunya. Apa jenis tekanan yang ia hadapi. Adakah ia daripada jenis tekanan keluarga, tekanan wang, tekanan emosi, tekanan masa dan sebagainya.

C : Clarify, iaitu mencari penjelasan tentang beberapa aspek tekanan tersebut. Siapa yang terlibat dalam tekanan itu,mengapa berlaku tekanan tersebut, di mana berlaku tekanan tersebut. Semua ini perlu dikumpul maklumat lengkap supaya dapat diperjelaskan.

T : Transformasi, iaitu kebolehan mengubah atau menukar respons atau sukap pesara sendiri kepada sikap yang lebih positif tentang tekanan tersebut. Peringkat T ini penting kerana di sinilah terletak keputusan sama ada ia dapat menerima tekanan tersebut dari sudut yang positif. Kalau ia berkebolehan mengubah tekanan ke arah perspektif yang lebih rasional misalnya, maka tekanan tersebut akan berubah menjadi sesuatu yang positif. Dan begitulah sebaliknya.

Wallahu alam.

Hj. Abdul Halim bin Hjaji Hassan
Dunia Pesara, 2002

No comments:

Post a Comment