Saturday, December 7, 2013

Maksiat Zahir ( 7 )

Kaki

Peliharakanlah kedua-dua kakimu daripada berjalan kepada segala yang diharamkan oleh syarak atau berjalan kepada orang yang zalim atau berjalan kepada raja-raja yang zalim kerana pergi kepada raja-raja yang zalim itu tanpa tersangat darurat atau tanpa keperluan yang memberi kebaikan pada akhirat  atau pada agama adalah jadi maksiat lagi haram seperti kata Imam al-Ghazali.

Menurut beliau; Maka berjalan kepada sultan yang zalim tanpa darurat, yakni tanpa hajat yang baik di sisi syarak dan tanpa hajat yang sangat picik adalah jadi maksiat, kerana yang demikian itu merendahkan diri bagi mereka dan memuliakannya. Sesungguhnya Allah swt menyuruh berpaling daripada mereka seperti firmanNya yang bermaksud; Dan janganlah cenderung dan berpegang kepada mereka yang zalim, nescaya kamu disentuh oleh api neraka.

Wallahu alam.

Hidayah Salikin
Syeikh Abdul Samad al-Palimbani, 2009

No comments:

Post a Comment