Wednesday, December 25, 2013

Usaha membaiki diri 2

a) Tidak ada kejayaan untuk mereka yang tidak bermula pada hari ini. Semalam berakhir pada malam semalam. Orang yang sering diganggu masa silam tidak akan mampu melangkah ke hadapan. Apabila ditanya, bilakah kita akan bahagia?, jawablah, hari ini!

b) Orang yang berjaya ialah mereka yang memaksa dirinya untuk berubah. Manakala orang yang gagal hanya berubah apabila terpaksa.

c) Dengan kaki yang sakit, engkau mungkin tidak dapat berjalan. Tetapi dengan hatimu yang sakit, kau akan kehilangan tujuan dan harapan. Betapa ramai orang yang mempunyai fizikal sihat apabila hatinya sakit, hidupnya melarat. Miskin dalam kekayaan, derita dalam keseronokan.

d) Jangan biarkan tragedi silam menyakitkan kita dua kali. Sekali sewaktu kita mengalaminya, kedua sewaktu kita mengenangnya. Selepas mengambil pengajaran daripadanya…ayuh lupakan!

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment