Saturday, December 7, 2013

Isu Perkembangan Profesional Di Sekolah (2)

Pengurusan Masa

Di negara maju di mana perkembangan profesional menjadi sebahagian budaya sekolah, masa yang khas di peruntukkan untuk program-program perkembangan profesional yang kadangkala melibatkan hujung minggu. Terdapat juga sekolah-sekolah di negara maju yang memperuntukkan 20% dari masa bekerja guru untuk perkembangan profesional terancang. Jelas bahawa penstrukturan waktu perlu difikirkan sekiranya perkembangan profesional diambil serius oleh pihak sekolah. Sekolah boleh juga menggunakan strategi-strategi yang boleh menjimatkan masa seperti penggunaan video dan team-teaching bergantung kepada jenis latihan yang dijalankan.

Kita perlu beranjak kepada konsep Time it’s not made,it’s found. Jika tidak kita akan sentiasa menggunakan kekangan masa sebagai alasan tidak dapat membudayakan perkembangan professional di sekolah. Pengetua / guru besar perlu memperuntukkan masa untuk guru-guru meningkatkan diri mereka kerana apabila kecekapan guru meningkat, pencapaian murid juga sama meningkat.

Wallahu alam.

Sallina bt Hussain, A Razak b A Karim & Rahmah bt Sayuti
Membudayakan Perkembangan Profesional

No comments:

Post a Comment