Wednesday, December 25, 2013

Cuti Penjawat Awam

Cuti bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenar meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai bdrhenti kerja.

Terdapat empat kategori utama :

a) Cuti Kerana Perkhidmatan
b) Cuti Atas Sebab Perubatan
c) Cuti Tanpa Rekod dan
d) Lain-lain cuti.

Terdapat pula empat jenis cuti di bawah kategori Cuti Kerana Perkhidmatan :

a) Cuti Rehat
b) Cuti Rehat Khas
c) Cuti Separuh Gaji
d) Cuti Tanpa Gaji

Cuti Rehat bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun dari bulan Januari hingga Disember. Cuti rehat khas (CRK) diperkenalkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2005 bagi menggantikan Curi Sambilan yang diberikan kepada PPP. 

Manakala Cuti Separuh Gaji (CSG) diberikan kepada pegawai lantikan tetap di atas sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada pegawai. CSG juga boleh diberi kepada PPP yang ditawarkan untuk mengkuti lawatan sambil belajar di seberang laut yang diluluskan oleh Kuasa Tertentu. Kemudahan Cuti Tanpa Gaji (CTG) diberi kepada pegawai bagi membolehkan pegawai menyelesaikan urusan-urusan peribadi yang mustahak sama ada di dalam Malaysia atau luar Malaysia yang tidak menyalahi peraturan-peraturan dan undang-undang negara.

Panduan Pengurusan Kemudahan Cuti
BPSM, KPM

No comments:

Post a Comment